Saturday, October 31, 2020

8.2

Segalanya bagai mimpi. Pemergian suaminya yang mengejut belum mampu diterima dengan hati yang ikhlas. Kini dia tiada sesiapa. Rumah Aflah seperti dilanda ribut. Tiada daya untuknya mengemas. Lagipun, tiada siapa yang akan memberi teguran kerana di rumah itu hanya dia seorang. Semoga masa dapat merawat kehilangan ini seizin-Nya.

***

Memulakan kehidupan baharu bukanlah mudah. Dia perlu merancang agar kehidupannya lebih teratur. Aflah memutuskan untuk berpindah ke rumah lain dan menyibukkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan seperti program kebajikan dan bantuan kemanusiaan. 

Buat masa ini, dia tidak terlalu terdesak untuk bekerja di mana-mana kerana wang pampasan suaminya lebih daripada mencukupi untuk beberapa tahun. Hibah yang ditinggalkan suaminya tidak dimasukkan ke dalam faraid. 

Dia menghabiskan masanya di Rumah Anak Yatim dan kadangkala di Rumah Penjagaan Warga Emas di Kinarut. Aflah jarang bersolek menjadikan dia kelihatan lebih matang berbanding usianya. Sehingga semua yang berurusan dengannya menggelarnya 'Mak cik'. Aflah lebih selesa hidup seperti itu. Tiada sesiapa yang menyangka dia baru berumur 30-an. Aflah menjadi sukarelawan yang menguruskan kebersihan tandas dua premis tersebut tanpa bayaran. 

"Meow..Meow..Meow..."

Lamunan Aflah diganggu oleh makhluk yang imut. Aflah tersenyum dan mengambil anak kucing tersebut. 

"Laparkah?"

"Meow..."

'Nduk bah...mari tengok apa yang ada di dapur.' Aflah berkata dalam hati.

Anak Kucing itu turut melihat-lihat seperti tidak sabar.

"Ada 'wishkers' di almari tu, makcik." Seorang lelaki sebaya Aflah tiba-tiba muncul di dapur. Hampir terlepas kucing dari tangannya.

Tangan sebelah mengurut dada dek terkejut.

"Er..." Aflah mengangguk namun tidak memandang lelaki tersebut. Dia terus membuka almari dan mengeluarkan makanan kucing.

"Kesian anak kucing ini. Ibunya baru dilanggar beberapa hari lepas." Lelaki itu bersuara tanpa dipinta.

Aflah tidak memberi respon. Dia fokus memberikan kucing itu makan. Sambil membelai bulu anak kucing yang kelihatan rontok itu. Aflah tekad untuk membawa kucing itu pulang.

Melihat Aflah tidak bersuara, lelaki itu berlalu ke hadapan.

"Abang, siapa nama mak cik yang tukang bersih tandas tu ya?" Farid bertanya kepada Pengerusi Rumah Anak Yatim, Fahmi.

"Mak cik mana bah kau ini? Bukan mak cik itu, Aflah namanya." Terkekek Fahmi mendengar gelaran adiknya kepada Aflah sebagai 'mak cik'. Kalau  Aflah dengar mesti dia terasa hati atau kecil hati.

"Isk..biar betul. Berapa sudah anaknya tu?" Farid masih bertanya.

"Indak bah jua ditanya semua latar belakangnya. Ibu yang benarkan dia buat kerja pembersihan di sini. Dengar cerita, suaminya sudah meninggal. Itu saja informasi yang abang tahu." Fahmi menjawab sambil menyiram bunga kertas di halaman rumah itu.

"Aku ingatkan dia 'babau'. Habis indak bersuara dari tadi..." Farid menggaru kepalanya. Fahmi terkekek sekali lagi mendengar bebelan adiknya. Muncung 'hos' di halakan ke arah Farid. Farid gagal mengelak dan kebasahan. Tapi akhirnya mereka sama-sama tertawa.

*

Senja berganti malam, semua orang sedang menempuh jalan raya yang sesak untuk kembali ke rumah masing-masing. Aflah juga di antara mereka yang beratur menanti aliran trafik bergerak. Aflah berhati-hati memilih lorong di bulatan Teluk Likas. Dia perlu ke Masjid Bandaraya untuk menghadiri kuliah maghrib seperti biasa.

Malam ini ustaz yang menyampaikan kuliah membahaskan tentang 3 perkara yang akan tetap mengalirkan pahala ketika meninggal. Tiga perkara itu ialah Sedekah Jariah, Ilmu bermanfaat dan Doa dari Anak yang soleh.

Ketika disebutkan tentang anak yang soleh, tanpa disedarinya air mata mengalir mengenangkan anaknya yang telah pergi dalam usia masih kecil. Aflah segera membaca al-Fatihah untuk disedekahkan kepada anaknya dan arwah suaminya.

Aflah kembali ke rumah selepas solat isyak berjemaah. 

Ada makanan ditutupi tudung saji di meja. Ada nota yang ditinggalkan oleh rakan penyewa yang sama-sama tinggal dengannya selepas kematian suaminya. 

'Habiskan makanan ini- ^^,'

Aflah terus mencuci tangan dan menjamu selera.

Rakan penyewa itu adalah jururawat di Hospital Likas. Malam ini dia bertugas. Aflah keseorangan lagi di rumah yang sunyi itu. 


8.1

 Aflah terjaga.

Kepalanya masih berdengung. Matanya berasa silau dengan lampu kalimantang di siling. Hidungnya menangkap bau ubatan. Serta merta otak menterjemahkan dirinya berada di hospital. Mulutnya dipasang alat bantuan pernafasan.

Tangan kanannya ada hos menghubungkan cecair putih yang bergantung dalam beg jernih. Badannya kebas. 

Seorang jururawat masuk ke bilik  Aflah membawa fail dan sebuah mesin. Aflah hanya mampu melihat jururawat berbaju putih itu. 

"Nurse...," suara serak Aflah kedengaran antara tidak.

"Puan Aflah!" jururawat itu segera mendekati Aflah dan memastikan Aflah telah sedar. Dia memberi isyarat agar Aflah tunggu sebentar sambil berlalu memanggil-manggil doktor yang bertugas.

Seorang doktor dan beberapa jururawat bergegas memeriksa keadaan Aflah.

"Alhamdulillah..., akhirnya kamu sedar!" wanita bernama Dr. Hamidah memeluk Aflah. Dia terlihat berseri-seri melihat perkembangan pesakitnya.

"Apa yang puan rasa sekarang?"

"Saya rasa seluruh badan ini kebas. Berapa lama saya sudah terlantar di sini, Doktor? Di mana suami saya?"

"Puan, suami puan tidak ada di sini sekarang. Dia ada urusan di Kota Kinabalu. Tapi kami akan maklumkan kepada waris yang terdekat ya..." Aflah mengangguk lemah. Dia memejamkan mata.

Satu sudut, Aflah berasa lega kerana realiti bersama Ondu hanyalah mimpi. 

***

Kamal dan Isterinya bergegas ke Hospital Tambunan dan menuju ke wad baru Aflah. Aflah telah dipindahkan ke wad biasa.

"Assalamualaikum, Aflah..." Aflah tersentak dari lamunan.

"Waalaikumussalam Kak Zarina..." Mereka berdua berpeluk erat. Masing-masing berlinangan air mata.

"Akak tahu Aflah kuat. Alhamdulillah. Aflah kembali kepada kami. Allah telah makbulkan doa kami semua."

"Kak Zarina, suami Aflah mana? Dari semalam Aflah tidak melihatnya..." Air mata Aflah masih mengalir tak berhenti.

"Aflah, Allah lebih sayangkan suami kamu..." Zarina memeluk tubuh Aflah dengan lebih erat.

Aflah terkaku. 

"Dia juga baru sahaja ditimpa kemalangan beberapa hari lepas. Dia sempat bertahan beberapa jam sebelum terputus nafas. Kami lambat menemui kamu semalam kerana menguruskan pengebumiannya.








Monday, October 19, 2020

7.5

 Setelah jeda masa diisi bunyi unggas hutan. Rumandi memecahkan kesunyian menyatakan keluhan.

“Tapi sayang. Saya tidak ingat siapa nama saya dan keluarga saya,” Rumandi melepaskan nafas berat.   

“Ada tidak perkara pelik yang Rumandi alami dalam hari-hari lepas?” Zamil bertanya bersahaja.

Rumandi terdiam. Dia cuba mengingat-ingat.

“Ada… Ketika di rumah orang Inggeris dulu, saya ada termimpi seorang lelaki, mirip wajah Ondu. Tapi pakaiannya seperti orang dalam zaman saya.”

Zamil semakin yakin. Rumandi di hadapannya adalah isterinya Aflah. Cuma, dia tidak mengingati siapa dirinya.

“Jadi, Rumandi ini siapa yang gelarkan?”
“Ondu pandai bergurau kan?” Rumandi tergelak.

“Siapa lagi kalau bukan Ondu.” Zamil tersedak. ‘Oh, begitu…’. Dia tersenyum-senyum mengenangkan dirinya yang agak pelupa. Semasa pertemuan pertama dulu, Rumandi telah menyatakan nama Rumandi itu adala diberikan oleh Ondu.
“Rumandi, dulu saya macam mana?” Zamil cuba mengorek kehidupan Ondu.

“Ondu suka bantu ama, apa di sawah. Rajin mencari ikan untuk saya.”

Zamil mendengar cerita Rumandi sambil merenung wajah Rumandi.

‘Aflah, abang harap, Aflah maafkan abang atas semua perbuatan abang terhadap Aflah’

***
Malang tidak berbau, pergerakan Ondu dan Rumandi telah dikesan oleh askar gerila orang Inggeris. Mereka berlari semampu mungkin. Barang-barang berat terpaksa ditinggalkan. Ondu meminta Rumandi bersembunyi di sebalik sebuah batu besar sementara dia mengambil inisiatif untuk mengumpan para askar untuk pergi jauh dari Rumandi.

Rumandi yang berwajah pucat itu menurut saja kata Ondu. 

Para askar termakan umpan Ondu dan mengejar Ondu tanpa menyedari Rumandi di sebalik batu menghadap semak-samun.

Debaran Rumandi belum hilang. Perlahan-lahan Rumandi berdiri meninjau kelibat Ondu. Tiba-tiba seekor ular tedung mematuk kakinya tanpa isyarat.

Rumandi terkulai lemah di atas tanah.

***

Sementara Ondu berlari sekuat hati tanpa berfikir dengan baik. Sambil dia tertoleh-toleh di belakang tiba-tiba, beberapa das tembakan kedengaran di udara. Ondu tersungkur. Dia merasakan dadanya panas dan pedih.

Rupanya Ondu dikepung oleh askar Inggeris. 

"Allah...!"

Pandangan Ondu menjadi gelap.

7.4

 Zaiton menelefon Zahara selepas menerima panggilan dari Hospital Tambunan.

"Ara, Zamil koma di hospital. Kau dapat jaga? Aku tidak boleh menjaga. Anak-anak aku tiada yang jaga. Di Tambunan lagi tu. Susah aku nak urus anak-anak aku ni. Lakiku pun masih di laut."

Zaiton mengharap adiknya  memahami situasi dirinya. Dalam maksud lain, dia tidak ingin menjaga adiknya itu. Zamil bukan adik kandungnya. Adiknya itu adalah anak kepada kawan baik ibunya yang merupakan anak tunggal. Ibu Zamil meninggal dan ibu mereka mengambil keputusan untuk memelihara Zamil sejak berumur 5 tahun.

Hal itu menjelaskan fakta perhubungan mereka yang tidak rapat walaupun dikatakan adik beradik. Ibu meninggal ketika berada di rumah Zamil. Perkara itu lebih menambah rasa prejudis mereka kepada Zamil. Zamil diberikan hibah atas kematian tersebut.

"Tolong sikit. Aku kerja ni, mana dapat cuti. Tak ada bukti dia tu adik aku."

Sejak itu, masing-masing membawa haluan masing-masing. Tiada yang mendatangi Zamil sebagai waris sebenar.

***

Tahun 1880

Zamil dan Rumandi telah berjalan selama beberapa jam. Matahari tegak di atas kepala bermakna sebentar lagi akan masuk waktu Zuhur.

Zamil mengajak Rumandi rehat di satu kawasan yang berhampiran dengan sungai. Ada pohon rendang, dan sedikit kawasan lapang tanpa semak. Sesuai untuk melaksanakan solat secara berjemaah. Sebelum mengambil wudhuk, Zamil telah memasang unggun api untuk merebus ubi yang ada.

Rumandi menguruskan dirinya di tempat yang jauh sedikit dari Zamil.

Selepas solat. Mereka melabuhkan diri mengelilingi unggun api dan ubi tadi.

" Rumandi, apa pandangan Rumandi tentang keadaan hidup Rumandi di rimba ini?"

"Maksud Ondu?"

"Pakaian Rumandi dengan orang sini berbeza. Boleh ceritakan bagaimana orang di tempat asal Rumandi?"

Zamil membantu Rumandi mengupas kulit ubi yang panas sambil mendengar respon Rumandi.

"Tempat saya, ada banyak bangunan sudah dibina. Hutan hanya tinggal sedikit. Ada kenderaan yang bertayar empat. Perjalanan jauh macam sekarang hanya memakan masa beberapa jam untuk sampai," Rumandi berasa bangga dengan kecanggihan kota tempat asalnya.

Dia tidak pasti Ondu memahami atau tidak tentang apa yang diceritakan.

Zamil makin teruja untuk tahu apa kisah di sebalik perjalanan Rumandi merentasi masa.

7.3

 

***

Sudah sebulan Zamil dan Rumandi berada dengan Pak Andak. Setiap pagi Zamil mengikut Pak Andak mengerjakan kebun di lereng bukit sebelah barat rumah Pak Andak. Banyak ilmu pertanian yang dipelajari oleh Zamil.

Sebuah rumah telah didirikan bersebelahan rumah Pak Andak untuk Rumandi.

Rumandi pula semakin mahir melakukan kerja-kerja rumah. Mengemas, memasak dan menghasilkan pakaian menggunakan kain yang diberikan oleh Pak Andak.

Cuma antara Zamil dan Rumandi, mereka jarang bercerita. Rumandi hanya keluar apabilla masa makan kerana dia sukarela menyediakan makanan untuk Pak Andak dan Zamil. Zamil pula akan mencuri-curi pandang wajah Rumandi. Dia tidak berani banyak bertanya.

Suatu hari Pak Andak memanggil mereka berdua.

“Anak berdua, saya rasa, kalian sudah tiba masanya memikirkan masa depan.”

Zamil menundukkan kepala. Rumandi juga seperti itu.

“Saya dapat merasakan kalian berdua sangat cocok untuk berkahwin. Jadi begini, saya cadangkan kalian teruskan perjalanan ke perkampungan suku Brunei. Mereka ada Kadi dan ramai antara mereka boleh menjadi saksi.”

“Selepas itu, kalian boleh kembali ke sini.”

Zamil memandang Rumandi. Rumandi tersipu malu. Zamil bersyukur Rumandi tidak berkeras dan membantah. Ini bermaksud, Rumandi juga mempunyai hati kepadanya.

Zamil dan Rumandi memulakan perjalanan untuk memenuhi hasrat hati. Dalam persediaan kepada perjalanan tersebut. Zamil dibekalkan keris. Rumandi menyediakan beberapa bekas untuk memasak dan ubi-ubian untuk makanan di dalam perjalanan. Dua pasang pakaian disediakan untuk persediaan majlis kelak.

Zamil adalah insan paling bertuah. Dia sangat rindu untuk memegang semula tangan Aflah dan bercerita panjang seperti awal perkahwinan dulu.

Zamil membayangkan Aflah dalam tubuh Rumandi kerana terdapat banyak persamaan personaliti Aflah dalam diri Rumandi. Hatta, tabiat cara tersenyum juga sama.

Zamil merasakan sepanjang dia bersama Rumandi sebelum Pak Andak menyatakan pandangannya, itulah hukuman buat dirinya atas perbuatannya terhadap Aflah dahulu. Sehingga dia selalu mengigau meracau menyebut nama Aflah dalam tidur. 

"Kami sudah bersedia untuk bergerak, Pak Andak," ujar Zamil. Mereka bersalaman. Rumandi memberikan isyarat terima kasih kepada Pak Andak. Pak Andak hanya mengangguk.

"Ingat, perjalanan ini mungkin tidak mudah. Tapi, Pak Andak rasa kalian akan dapat menempuhnya kerana kesatuan hati antara kalian."


Zamil dan Rumandi mengangguk serentak.

***
Tahun 2020

"Kesian Zamil dan isterinya," Zarina mengelap air mata. Kamal merangkul bahunya.

"In shaa Allah, kita doakan mereka," Kamal juga tidak dapat menahan air matanya dari jatuh. Ahli keluarga Zamil telah dihubungi. Tapi kedua kakak Zamil masih belum muncul.

"Zamil, kuatkan semangat..." Kamal menggenggam tangan Zamil yang tidak sedarkan diri. Entah Zamil dengar atau tidak.

Sunday, October 18, 2020

7.2

 Rumah lelaki tua itu tidaklah besar. Tetapi rumah itu berada di atas bukit. Pemandangan dari bukit itu sangatlah indah. Bukit-bukit kelihatan berkabur walaupun tengah hari.

"Silalah beristirahat ya. Rumah ini tidaklah besar tapi, in shaa Allah boleh melepaskan lelah. Pak cik nak solat sebentar..." Pak cik itu berlalu sambil mengajak Ondu.

Rumandi tersentak. Pak cik ini Muslim rupanya. Ondu mengikuti pak cik ke sungai membawa sebuah bekas seperti baldi seperti yang diarahkan.

Rumandi sujud syukur kerana dia telah berada dalam kalangan orang-orang yang mengenal Tuhan Semesta Alam. Segenap ketenangan menyelimuti hatinya.

***

"Pak cik sudah lama tinggal di sini?" Zamil memecahkan kesunyian antara lelaki tua itu dengan dirinya.

"Betul."

"Pak cik, saya sebenarnya sedang pening. Pagi ini saya terjaga, saya hairan dengan keadaan sekeliling saya..." Zamil mula meluahkan perasaannya yang masih diselubungi persoalan yang menyesakkan.

"Saya Zamil. Saya dari Kota Kinabalu. Kini saya berada di dalam rimba tebal. Isteri saya koma, saya risaukan beliau. Tapi di sini, saya bersama dengan sosok wanita yang sama dengan isteri saya. Tapi dia kata dia bukan Aflah, dia Rumandi. Tapi, dia solat. Berpakaian seperti orang yang faham ajaran Islam. 

Dari Rumandi saya dapat tahu nama saya di alam ini 'Ondu'. Apa yang sedang berlaku sebenarnya?"

Pak cik tua itu menarik nafas dan langkahnya terhenti. Wajah Zamil dipandang lama.

"Pak cik juga tidak mampu menafsirkan apa yang sedang berlaku. Pak cik ada cerita yang hampir sama. Pak cik berada di Tanah Melayu Melaka. Tapi semasa melarikan diri dari serangan Prancis, pak cik dan beberapa rakan berlayar ke Tanah Sumatra dan akhirnya mengikut Syarikat Hindia Timur ke Borneo. Pak cik dan rakan-rakan pada mulanya berasa seronok berada di tanah ini.

Tapi akhirnya dipaksa untuk melakukan kejahatan-kejahatan yang amat bertentangan dengan kehidupan Muslim."

"Kami merancang untuk melarikan diri. Tapi, hanya pak cik yang berjaya. Rakan pak cik terkorban kerana terkena senjata api mereka." Pak cik menyambung lagi.

"Panjang perbualan kita, nama pak cik siapa?" Zamil baru teringat, mereka berdua belum berkenalan secara rasmi lagi.

"Panggil saja Pak Andak. Nama anak muda ini Zamil kan?"

"Pak Andak panggil saya Ondu saja buat masa ini. Saya tidak ingin Rumandi berasa pelik." Permintaan Zamil disambut dengan anggukan tanda setuju dari Pak Andak. Mereka segera berwudhuk dan mengisi bekas air masing-masing.




7.1

 Perjalanan yang bakal ditempuhi itu agak mendebarkan.

Zamil masih berusaha menghadirkan dirinya dalam realiti. Dia cuba untuk tidak banyak bersuara kerana Aflah yang ada di hadapannya adalah Rumandi!

Segala selut licin diredah. Bukit di daki. Matahari semakin condong ke Barat.

Perut telah berbunyi sejak tadi. Rumandi memegang perutnya. Tapi dia tetap berjalan. Zamil meraba beg kecil yang menyangkut pada pinggangnya. Ada sebilah pisau kecil.

"Rumandi, mari kita rehat sebentar." Rumandi berhenti dan mengangguk. Dia melabuhkan punggung ke sebuah batu yang agak besar.

"Tunggu sini ya, saya cuba cari apa yang boleh dimakan," kata Zamil memandang sekeliling dan mula berjalan menuruni bukit. Untung jika ada sungai di bawah.

Zamil tidak ada masalah dengan keadaan hutan. Dia selalu berkhemah bersama Kamal. Ilmu hutan sedikit sebanyak membantunya tidak gelabah berada di dalam situasinya sekarang.

***
Rumandi masih berteka-teki bagaimana Ondu boleh menunaikan solat. Selama dia bersama Ondu di Borututuon dulu, memang Ondu selalu menunggunya siap solat. Tapi bacaan solat, seingat Rumandi dia tidak pernah lafazkan secara kuat.

'Mungkin Ondu sempat berguru dengan mana-mana syeikh sebelum pulang ke Borututuon tempoh hari. Inilah andaian yang paling lojik buat masa sekarang.' Kepala Rumandi terangguk-angguk membenarkan telahan sendiri.

Rumandi terdengar bunyi ranting dipijak dari kejauhan.

Dia tunduk dibalik batu itu untuk mengelak jika ada musuh. Dia perlu menyelamatkan diri sendiri tika ini. Ondu tiada di sisi.

Kedengaran orang berbual dari kejauhan. Semakin lama-semakin hampir. Degupan jantung Rumandi makin laju.

"Rumandi!" Tiba-tiba namanya diseru. Suara itu milik Ondu. Dia berdiri berhati-hati. Ondu bersama seorang lelaki tua. 

"Mari kita bergerak ikut pak cik ini," kata Ondu.

"Baik." Rumandi menurut saja.


6.5

Bunyi siren memenuhi ruang perkarangan  Hospital Tambunan.

Zamil dikeluarkan dari ambulans. Lehernya dipasang alat peyokong leher. Nyawanya ibarat telur di hujung tanduk. Walaupun pandangannya kabur, dia merakam situasi panik pada atendan medik yang bertungkus lumus memberikan bantuan kecemasan kepadanya. Sakit yang dirasai sangat menyeksakan. Hanya erangan yang kedengaran menggambarkan rasa sakit yang tidak terperi..

Gelap menyelubungi Zamil.

***

Zamil terjaga apabila mendengar bunyi air sungai yang tenang. Matanya dibuka perlahan-lahan. Dia duduk perlahan-lahan dari posisi baring. Awan masih gelap. Bintang masih kelihatan dilangit lepas.

Dia melihat ada seorang gadis sedang tidur bersandar pada batu satu meter darinya.

"Aflah!"

Zamil segera memeluk Aflah seeratnya.

Rumandi terjaga. Dia terpaku sebentar. Perlahan-lahan dia menolak badan Ondu.

"Ondu, saya okey saja. Saya Rumandi, bukan Aflah." Zamil berasa kekok. 'Salah orangkah?'

"Terima kasih kejutkan saya, saya nak solat dulu," seraya Rumandi bangun perlahan-lahan. Dia bergerak ke belakang batu yang lebih besar untuk mengmbil wudhuk.

Zamil terkebil-kebil memandang dirinya dan bajunya. 'Ya Allah, kenapa aku berpakaian seperti ini?' Monolog Zamil seorang diri.

Pakaian itu seperti 'vest' diperbuat dari kain yang kasar. Mujur seluar yang dipakainya panjang melepasi lutut.

Dia bergegas mengambil wudhuk juga dan menunggu Aflah.

Rumandi muncul dan menghamparkan kain yang terikat dipinggangnya sebagai sejadah.

Zamil menghmpiri Rumandi.

"Jom, kita berjemaah," kata Zamil dengn yakin. Betapa lama mereka tidak pernah solat berjemaah selepas pergaduhan 2 tahun lepas.

Zamil berdiri di hadapan Rumandi lagaknya seorang imam.

Rumandi terpaku sekali lagi. Dia tidak menyangka Ondu begitu ganjil sekali. Tapi jika Allah berkehendak, siapa pun boleh mendapat hidayah.

Rumandi mengundur diri sedikit untuk memberi ruang pada Ondu.

Ondu melaungkan iqamah.

Serta merta air mata terbit pada mata Rumandi. Allahu Maha Besar! Sepanjang dia menghirup udara di dalam rimba ini, dia tidak pernah mengajar Ondu apa-apa yang berkaitan solat. Tapi, Ondu boleh menjadi imam dengan baik.

Ondu membaca Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas pada rakaat pertama. Rakaat kedua pula surah Al-Fatihah dan Al-Naas. 

Selesai salam, Zamil memusingkan badan menghadap Rumandi. Wajahnya sangat ceria. Seperti kanak-kanak diberikan gula-gula.

Rumandi menyeka air matanya. Senyuman Zamil sirna sekelip mata.

"Kita berada dimana sekarang? Adakah ini mimpi??" Soalan bertubi-tubi daripada Zamil.

"Ondu, mengapa tanya soalan pelik begitu? Kan kamu berikan saya nama 'Rumandi'. Dan sekarang ini kita sedang menuju ke Timur. Kita baru melarikan diri dari orang Inggeris!" Rumandi menjawab soalan Ondu dengan laju.

"Oh ya..Ondu, kamu ada berguru dengan mana-mana guru agama semasa melaksanakan misi tempoh hari?" Rumandi ingin tahu.

"Nama saya Zamil. Bukan Ondu!"

6.4



Zamil terjaga dari tidur. Bunyi mesin pengesan nadi masih berfungsi seperti biasa. Aflah masih terbaring dan belum ada tanda-tanda akan sedar.

Zamil menarik selimut Aflah paras bahu. Suhu sejuk penghawa dingin mugkin menjejaskan perjalanan darah Aflah.

Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. Zamil bergegas ke surau Tingkat 2.



Usai solat, dia termenung.

Mimpi malam tadi seakan berlaku dengan sangat nyata. Aflah ditangkap oleh orang jahat dan berjaya diselamatkan. Namun, walaupun Zamil ingin berbual panjang dengan Aflah, Aflah telah tertidur keletihan. Dia pula tertidur selepas menyalakan unggun api.

***

Pagi itu, isteri Kamal, Zarina menawarkan diri menjaga Aflah sementara Zamil turun ke pejabat hendak mengambil barang.

Jalan raya sibuk seperti biasa. Zamil memasang radio Era Sabah, lagu yang berkumandang membawa Zamil termenung ...


Aku tak bisa
menidakkan rasa cinta
Meski ku tak bisa
Melupakan salahmu
resah hatiku

Maafkan diriku
melukakanmu

Cinta jangan engkau pergi
Jauh dari diriku lagi
Sesungguhnya cinta kita
Setia ke hujung nyawa...

Bila tersedar betapa tulus cintamu
Biar apa pun yang menghalangnya
Takkan pernah bisa dari diriku
Menjaga cinta mu

Tuhan tolonglah aku
Satukan aku dan dirinya selamanya...~

Maafkan diriku melukakanmu..

Cinta jangan engkau pergi
Jauh dari diriku lagi
Sesungguhnya cinta kita
Setia ke hujung nyawa

Cinta ku tetap di sini
Takkkan pernah jauh darimu
Sesungguhnya cinta kita(sesungguhnya cinta kita)
Setia ke hujung nyawa

 Tiba di selekoh tajam Tambunan - Kota Kinabalu, sebuah kereta bertentangan tiba-tiba masuk ke jalan Zamil dan merempuh kereta Zamil yang berada di sebelah kiri. Zamil hanya merasakan hentakan dan keretanya terpusing sebelum terbalik.

Sunday, October 11, 2020

6.3

 Malam makin larut.

Ondu tidak lagi mendengar apa-apa bunyi perbualan mahupun pergerakan mana-mana orang Inggeris. Perlahan-lahan dia mengintai pintu masuk ke bilik tahanan Rumandi. Ada seorang pengawal yang tertidur dalam keadaan duduk.

    Ondu mengeluarkan sumpit dan mengisi buah sumpit. Sumpit itu dihalakan ke batang leher orang Inggeris tadi. Dia membidik dengan tepat ke arah salur darah pada leher mangsanya. Serta merta lelaki tersebut terkulai. Racun yang ada pada buah sumpit itu adalah daripada bisa ular. Tanpa rawatan yang betul, bisa itu sukar dikeluarkan dari tubuh. 

    Ondu mengambil semula buah sumpit pada batang leher mangsanya dan ke pintu dan cuba membuka pintu tapi malangnya pintu itu terkunci. Dia panik sebentar. Oleh kerana dinding itu diperbuat dari papan. Dia tidak dapat memecahkan dinding mahupun pintu tanpa membuat bunyi yang kuat.

    "Rumandi..."

    Ondu cuba memanggil Rumandi separa berbisik. Tapi tiada suara menjawab. Ondu melihat segugus kunci pada pinggang pengawal. Dia cuba membuka pintu menggunakan kunci-kunci tersebut. Akhirnya dia berjaya memilih kunci yang betul.

    Pintu dibuka.

    Ondu meluru ke arah Rumandi. Dia kelihatan lemah dan tidak sedarkan diri. Mungkin kerana ketiadaan tenaga akibat enggan makan seharian. Rumandi di letakkan di belakangnya. Dia cepat-cepat membawa Rumandi keluar dari kawasan tersebut. 

    Ondu membawa Rumandi ke tepi sungai. Di celah antara dia batu yang besar. Dia mengambil secedok air menggunakan dua tapak tangan. Dia mengelap wajah Rumandi. Mata Rumandi terbuka sedikit. Bibir Rumandi dibasahi dengan titisan air sungai. Rumandi minum dengan lemah. Akhirnya dia membuka  mata dengan lebih besar.

    Ondu menarik nafas lega. 

    "Rumandi, maafkan saya kerana lambat selamatkan kamu..." Ondu menundukkan wajahnya. Rumandi menggeleng-gelengkan kepala. 

    "Tidak mengapa, Ondu. Saya telah selamat bersama kamu sekarang..." Rumandi tersenyum sambil mengalir air mata. Dia sangat bersyukur terlepas dari orang putih tersebut.

    "Dengar sini, kita akan meneruskan perjalanan ke arah timur. Kita tidak akan pulang ke rumah dalam masa terdekat. Kamu boleh berjalan?"

Ondu memegang bahu Rumandi. Rumandi menggeleng. Dia merasakan pemandangannya seakan berpusing.

    "Tidak mengapa. Saya rasa kita boleh berehat sebentar di sini. Orang Inggeris tidak akan mencari kita pada malam ini. Saya sudah pastikan semua yang ada di sana sudah di'tidur'kan." Rumandi memejamkan mata sambil bersandar pada batu besar di belakangnya.

    Ondu memasang unggun api untukmenghangatkan tubuh mereka dari kedinginan sungai.

6.2

    Ondu berlari laju membelah hutan. Dia tahu petempatan Inggeris terdekat. Moga Rumandi belum dibawa jauh. Dia tidak memperdulikan tunggul kayu yang menusuk kakinya yang tidak beralas. Keselamatan Rumandi lebih penting.

     Seharian berlari. Suasana petang beransur gelap. Kawasan petempatan Inggeris yang ditujui tidak menunjukkan kawalan yang rapi. Mungkin mereka tidak menyangka ada yang akan menyelamatkan Rumandi.

    Setelah berehat sebentar di atas bukit sambil menunggu hari benar-benar malam, Ondu perlahan-lahan menyusup ke bangunan yang biasa digunakan untuk menyimpan orang tempatan yang ditangkap.
Ondu mengintai di celah-celah dinding bangunan pertama. Rumandi tiada di sana.

    Dia menyelinap ke bangunan kedua. Seperti ninja yang tidak disedari kehadirannya.

    Ada seorang wanita berbaju serba putih memakai skirt pendek dan bertopi putih berjalan membawa dulang makanan. Pandangan Ondu mengekori wanita tersebut. Wanita itu memasuki pintu bilik kedua. Ondu bergegas ke bahagian belakang. Dia menekapkan telinganya ke dinding. Ada dinding yang berlubang Ondu mengintai sekali lagi.

    Rumandi duduk di birai katil sambil menangis. Ada seorang lelaki memarahi Rumandi. Ondu menggenggam penumbuk. Kalau tidak difikirkan keselamatan Rumandi. Ingin saja lelaki itu dibelasah hingga lembik. 

    Beberapa saat kemudian, lelaki Inggeris dan wanita berpakaian serba putih itu meninggalkan Rumandi seorang diri. Rumandi tidak makan. Dia termenung dengan wajah yang sugul.

    Ondu merancang sesuatu dalam fikirannya. Dia berharap agar orang Inggeris  itu termakan perangkapnya.

    

    



6.1

 Malam diselangi dengan salakan anjing dari kejauhan.

    Aki Gantama dan Ondu sampai di kawasan sawah mereka. Seperti biasa mereka membersihkan badan di tali air sebelum naik ke rumah. Penghuni rumah lain sudah diulit mimpi. Ondu mengintai rumah yang dihuni Rumandi. Tiada orang. Dia tersenyum. Mungkin kerana takut tidur sendiri dia naik ke rumah Kimung.

    Aki Gantama dan Ondu tidur di rumah yang sama untuk tidak mengganggu mereka yang sudah lena. Kepenatan jelas kelihatan di wajah masing-masing. Pertempuran yang berlaku tidak membawa kepada kecederaan kerana mereka telah berunding sebelum bertempur. 

Akhirnya masing-masing bersetuju untuk memilih jalan damai dan berjanji akan memastikan orang dari kawasan masing-masing tidak mencerobohi kawasan yang bukan milik mereka.

    Seawal dinihari, Ondu sengaja bangun awal untuk melihat wajah Rumandi. Kebiasaannya Rumandi akan bangun awal untuk sembahyang. Tapi hari itu, Rumandi tidak keluar dari rumah. Ondu kehairanan dan berasa resah.

    Dia mengetuk pintu rumah Kimung.

    "Amma, tolong bangunkan Rumandi, hari sudah terang..." Kimung membuka pintu. Dia menangis sambil meluru ke arah Ondu.

    "Rumandi kena tangkap!"

    Ondu berhenti bernafas sekejap. Aki Gantama juga menerpa ke arah mereka setelah mendengar suara tangisan Kimung.

    "Siapa tangkap dia, Amma?"

    "Itu orang Inggeris. Kesian Rumandi... " Kimung masih teresak-esak. Ugou dan Indik muncul dan menenangkan Kimung. Kimung merasakan Rumandi sudah seperti anaknya. Dia berasa sepertti tersiat-siat isi hati bila mengenangkan Rumandi akan hilang sekali lagi dari mereka.

    Ondu memandang Aki Gantama, dia meminta izin untuk mencari Rumandi. Aki Gantama mengangguk saja.

    "Hati-hati." Pendek pesanan Aki Gantama. Dia yakin Ondu boleh menyelamatkan Rumandi. Ondu membawa sumpit. Mungkin sumpit ini akan berguna apabila berdepan dengan orang Inggeris.


    


Thursday, October 8, 2020

5.5 Mimpi

 Dalam tidurnya, Rumandi didatangi oleh seorang lelaki menyerupai Ondu. Dia memegang tangan Aflah dan menggenggamnya erat. Sambil mengucupnya.

    "Aflah, pulanglah ...abang rindukan Aflah..." Rumandi merasakan tubuhnya keras. Tidak dapat digerakkan mahupun bersuara. Wajah orang yang seakan Ondu ini kelihatan tidak terurus, berkemeja dan berambut pendek. 

    Tidak seperti Ondu yang dikenali di alam ini. Air mata Rumandi mengalir. Dia tidak pasti itu disebabkan ketakutannya menjadi tawanan orang Inggeris atau kerana tangisan lelaki itu. Wajahnya terasa suam air mata yang mengalir. Tangan lelaki itu menyapu air mata tersebut dengan penuh hiba. Sentuhan lelaki itu menyebabkan dia terjaga.

    Rumandi membuka mata perlahan-lahan.

Dia berada di atas katil yang biasa kelihatan di wad klasik. Badannya diselimuti sehingga ke paras dada.

Suasana malam masih menyelubungi. Dia berasa sedikit tenteram berada di atas katil itu dan terlelap semula.

Beberapa minit kemudian, seorang lelaki separuh baya memasuki bilik itu. 

Rumandi terjaga kembali tetapi berpura-pura tidur. Dalam kesamaran lelaki separuh baya itu dalam kesugulan.


5.4 Tawanan

 Rumandi dibawa ke sebuah kawasan yang boleh dikira sebagai kawasan pentadbiran. Ada bangunan yang agak kukuh berbanding pondok keluarga  Aki Gantama. Kawasan itu terletak ditepi landasan kereta api.

    "Who are you?" Seorang lelaki berpangkat bertanya kepada Rumandi. Rumandi hanya berdiam diri. 

    "Are you a spy?" tanya lelaki itu lagi.

    "No." Rumandi menjawab sepatah.

    "Then how you learn English?The natives here does not speak like you're !"

    " We will keep you here until we get the truth."

Lelaki itu meninggalkan Rumandi di dalam bilik yang kosong itu. Suasana kesejukan malam mencengkam. Dia terasa ingin membuang air kecil.

    Rumandi mengetuk pintu beberapa kali. Pintu dibuka.

    "I want to go restroom!"  Pegawai itu membuka pintu dan menunjukkan tandas yang hanya selang dua pintu bilik dari biliknya. Rumandi segera menunaikan hajat.

    "Go back to your room!" Arah penjaga tadi.

Rumandi masuk dibilik itu dengan berat hati. Tapi jika dia melawan, kemungkinan sebutir peluru akan menembusi kulitnya.

Sinaran bulan menembusi dinding bangunan yang agak jarang. Rumandi bertayamum dan menunaikan solat Isyak. Dia hanya bertawakal menghadap arah kiblat kerana dia tidak pasti kedudukan matahari yang sebenar di tempat baru itu.

 

Selepas berdoa panjang, dia tertidur di atas lantai yang tidak beralas. 

Wednesday, October 7, 2020

5.3 Kejutan

 Rumandi dan Ugou pulang dengan gembira. Mereka berjaya menangkap hampir 15 ekor ikan dalam masa tidak sampai 2 jam. 

    "Apa resepi kita hari ini?" Ugou bertanya ingin tahu. Sudah beberapa kali Rumandi memasak, masakannya luar biasa.

    "Sampai rumah kita lihat apa bahan yang ada." Langkah dipercepatkan kerana perut mereka berdua sudah menyanyi.

Sampai ke gigi sawah, kelihatan dari jauh rumah mereka dikerumuni beberapa orang. Rumandi dan Ugou terhenti dan meneliti gerangan orang yang ada di sana.

Pakaian mereka seperti tentera Inggeris. Ugou menarik tangan Rumandi untuk bersembunyi. Debaran semakin kencang apabila melihat Indik diheret keluar dari rumah.

    "Where the girl?!" Jeritan seorang daripada mereka. Sambil mengacukan senjata pada Indik. Indik hanya berdim diri.

Rumandi perlu selamatkan mereka. Dia faham sangat siapa yang dikehendaki oleh orang Inggeris tersebut.

    "Ugou, dengar sini. Saya kan cuba buat sesuatu yang mungkin akan menyelamatkan diri kita semua. Tapi sebelum berlaku apa-apa, saya ingin berterima kasih dengan seluruh keluarga kamu kerana membawa saya masuk ke dlam keluarga ini." Rumandi menangis sambil menggenggam tangan Ugau yang juga sedang teresak-esak. Dalam kepalanya hanya mendoakan keselamatan ibu dan adiknya.

    "Keluar dari sini apabila mereka semua berlalu ya." Ugou mengangguk.

    "Rumandi, hati-hati..." Ugou separuh berbisik.

    " Hei, I'm here!" Rumandi menjerit dari tengah sawah.

Wajah orang Inggeris yng menggertak Indik terkejut sekejap. Dia mengrahkan orangnya menangkap Rumandi dan mengikat tangannya. Rumandi tidak berganjak. Dia hanya menurut arahan orang Inggeris tersebut.

Setelah semua orang Inggeris dan Rumandi hilang dari pandangan. Ugou berlari sekuat hati menuju ke pondok mereka. Kimung dan Indik menangis di tepi pondok. Mujur mereka tidak diapa-apakan oleh orang Inggeris.

5.2 Rumandi Sebenar

***

Aki Gantama dan Ondu telah berangkat ke kampung sebelah untuk menyertai pasukan yang akan mempertahankan tanah mereka.

    Kimung meneruskan kegiatan keluarga dengan mengerjakan sawah. Sementara Ugou dan Induk membantu ibu mereka. Rumandi tidak ketinggalan membantu sebagai orang yang menyediakan makanan mereka.

Rumandi mendapat idea untuk mencari ikan di sungai sebagai lauk tengah hari. Dia mengambil 'siud' dan menuju ke sawah untuk memint izin Kimung. Kimung bangga melihat Rumandi berani untuk ke sungai. Dengan 'siud' iaitu sejenis alat menangkap ikan diperbuat dari rotan, ikan akan mudah terperangkap. Kerja itu tidaklah sukar bagi seorang perempuan.

    Rumandi meminta Ugou menemaninya. Ugou bersetuju dan berbesar hati ke sungai. Dia suka sungai.

    "Rumandi,  kau mahu tahu satu rahsia?" Pancing Ugou. Rumandi menaikkan keningnya sambil tersenyum.

    "Muka paras kau sangat serupa dengan isteri Ondu!"

    "Hah?" Rumandi terlopong. 

    "Ondu sudah berkahwin rupanya..." Rumandi ingin kepastian.

    "Sudah. Tapi sayang dia sudah ditinggalkan. Isterinya telah meninggal." Ugou mengucapkan dengan nada perlahan.

    "Nama isterinya ...'Rumandi'," Ugou tersenyum-senyum.

    "Oh..Patutlah dia memberikan nama ini pada saya..." Rumandi berasa simpati.

    "Kami faham, kau mungkin bukan orang sini. Tapi sekurang-kurangnya kehadiran kau menyebabkan Ondu tersenyum semula. Kalau sebelum ini, dia hanya berdiam tiada perasaan. Dia suka atau tidak suka, wajahnya sukar difahami."

Seekor ikan tersangkut pada 'siud' Rumandi. Mereka kegembiraan. Ugou mengambil ikan itu dengan cekap dan memasukkan ke dalam bekas rotan.

    "Isterinya itu baik?"  Rumandi penasaran mengenai isteri Ondu.

    "Sangat baik! Kau juga sebaik dia. Banyak persamaan antara kamu berdua." Ugou senyum menampakkan gigi yang kekuningan.

    "Tinggallah dengan kami lama sikit." Permintaan Ugou mengundang resah di hati Rumandi.

Rumandi hanya membalas dengan senyuman dan anggukan yang tidak meyakinkan. Hanya Tuhan saja yang tahu kesudahan hayat ini.

3.5 Detik Cemas

Zamil terkejut melihat Aflah jatuh terbaring di hadapannya. 

Badannya menggeletar dek kerisauan. 

    "Aflah! Sayang!" Aflah tiada respon. Dengan pantas Aflah diangkat menuju kereta. Zamil memecut laju menuju ke Hosptal Tambunan.

Hasratnya untuk membuat kejutan sekali lagi tidak kesampaian. Tiba di Hospital, Aflah didaftarkan dalam zon merah. Doktor meminta Zamil menunggu diluar sementara doktor memeriksa keadaan Aflah.

    "Kamal, aku di hospital Tambunan sekarang. Isteri aku pengsan..." Lemah suara Zamil memberitahu Kamal di hujung talian.

    "Apa yang berlaku? Ok, aku datang sana sekarang!" Kamal memutuskan talian.

Kamal dan isterinya ke pekan Tambunan mencari bahan mentah untuk memasak malam nanti di tempat penginapan. Nampaknya, perancangan untuk berbeku tak dapat diteruskan. Mujur Kamal belum membeli kepak ayam.

    "Kesian Aflah, kan bang? "Kamal memandang isterinya dan mengangguk. Walaupun Zarina tidak rapat dengan Aflah tapi dia selalu mendengar suaminya menceritakan perihal Zamil di pejabat. Sedikit sebanyak dapat membaca situasi yang melanda Aflah.

    Kereta Kamal memasuki ruang hospital. Urusan mereka dipermudahkan apabila banyak parking kosong yang tersedia.

3.4 Ondu

 Ondu memandang wajah Aflah lama. Dia terasa sebak. Wajah isterinya serupa dengan wanita itu. Wanitu itu dijumpai ketika sedang mencari rotan di hutan. Dia terbaring di atas dataran yang lapang.

    Ondu terkejut melihat wajahnya yang menyerupai wajah isterinya. Tapi dia tahu itu bukan isterinya memandangkan pakaian wanita tersebut tidak pernah dilihatnya. Ondu membawa wanita itu ke rumah dan memberitahu pada Aki Gantama.

    Aki Gantama mengizinkan wanita itu dirawat dan tinggal di rumah mereka untuk beberapa hari. 

Isteri Ondu meninggal ketika melahirkan anak mereka. Isterinya, Rumandi mengalami pertumpahan darah yang serius dan meninggal bersama kandungannya. Sejak itu, Ondu menjadi pendiam dan suka membuat kerja sendiri.

Rumandi adalah isteri yang sejuk  mata memandang, rajin dan tidak suka menyakiti hati orang sekeliling. Dia berasal dari keturunan bangsa Liwan. Sopan santunnya tidak terkalahkan.

    "Ondu, kalau saya ada umur pendek apa yang kamu lakukan?" Rumandi pernah berkata kepada Ondu.

    "Rumandi, jangan minta umur pendek. Saya selalu berdoa kita akan bersama sampai tua." Ondu tersentuh mengingati semula perbualan mereka.

Kehadiran wanita asing itu memberikan sedikit sinar walaupun dia tidak mengharap sangat. Asalkan rindunya pada isterinya terlunasi. Dia ingin memandang wajah isterinya pada wanita itu setiap masa.

Kimung dan adik-adiknya juga berasa gembira dengan kehadiran wanita itu walaupun baru bertemu. Sifat peramah yang ada pada Rumandi ada pada wanita itu.


2.4 Maafkan Saya

 Di rumah Aflah.


    Kedengaran pintu diketuk orang. Aflah segera membuka pintu. 


    "Surprise!"


    "Wah...."


Aflah tersenyum girang melihat jambangn bunga dan coklat itu. Hadiah itu bertukar tangan. 


    "Tanda tangan boleh? Puan Aflah kan?"


    "Betul''


Orang itu meminta diri selepas menerima tandatangan Aflah. Pintu ditutup perlahan-lahan. Tangannya membelek jambangan bunga untuk mencari nama pengirimnya.


Hanya tulisan "Maafkan Saya" yang tertulis.


    Aflah menjadi sangsi sebentar. Dari Zamilkah atau Helmi? Aflah tidak jadi membuka coklat yang ada kerana risau jika itu dari Helmi.


    Aflah kembali menonton drama Korea, lakonan IU , 'Moon Lovers'. Dia merasa ada persamaan dengan watak IU tersebut. Bezanya, IU disakiti oleh teman lelaki.


    "Alangkah baiknya jika dapat tidur selama mungkin untuk lupakan masalah yang ada?'' Aflah tersenyum.


    "Baik lagi aku melukis untuk bertenang. Boleh buat duit." Aflah mencadangkan aktiviti untuk dirinya sendiri.


    Aflah suka buat aktiviti sampingan untuk menghabiskan masanya. Selain berzumba untuk keluarkan peluh, aktiviti kedua adalah membaca. Buku elektronik adalah pilihannya kerana mudah didapati dan murah. Jimat kos pengeposan.


 Aflah teringat perbualannya bersama rakan sebiliknya dulu, Chai.


    "Aflah, saya kagum dengan kamu. Jarang lihat kamu bersedih. Kongsilah tips untuk menjadi seperti kamu..."


    "Tiada yang luar biasa, Chai. Biasa saja. Cuma saya tidak gemar memikirkan masalah sangat. Fikir yang berfaedah sahaja. Bersedih itu normal Chai. Sedih juga, cuma tidak suka menangis lama kerana ia sangat mengurangkan tenaga dan semangat jika terlalu bersedih."


    "Betul juga kan..."


    " Kalau muslim, kami dididik untuk selalu pulangkan masalah pada Tuhan kami, Allah. Minta diberi petunjuk jalan kebenaran."


    "Kamu suka tidak kongsi masalah dengan seseorang?"


    "Tidak. Entahlah Chai, rasa berat sangat mulut untuk menceritakan masalah sendiri pada orang lain. Chai ada masalah? Boleh kongsi dengan saya. Saya penyimpan rahsia yang baik. Wlaupun tidak menyelesaikan masalah, sekurangnya Chai rasa lega."


     Chai pun menceritakan masalahnya. Aflah mendengar dengan penuh perhatian

2.5 Bunga

 Zamil pulang awal malam itu. Dia sempat melihat bunga yang dihantarnya tadi belum diusik.


    "Bunga dari siapa?"


    "Er..saya tidak pasti, A..bang.." Aflah tergagap-gagap apabila suaminya bertanya tentang hadiah misteri itu.


    "Coklat itu nampak sedap. Mengapa tidak makan?"


    "Kalau abang nak makan, makanlah ya. Sayang jika dibuang."


    "Aflah betul-betul taknak makan? Hadiah ini dari saya." Zamil bersahaja memberi tahu dalang hadiah tersebut.


    "Dari abang?"


    "Ya, dari abang"


    "Oh..terima kasih ya, cantik bunga itu. Saya sediakan makan malam ya", Aflah mengeluarkan coklat yang ada lalu menyimpannya di dalam peti sejuk.


    "Ya Allah...apa patut aku respon? Gembira? Tak respon apa-apa? Hambamu ini takut tersilap langkah lagi.." Aflah berkata sendirian di dapur.


Suasana sunyi semasa makan malam dipecahkan apabila Zamil memaklumkan tentang perancangannya untuk melawat Tambunan.


    "Sabtu ini kita ke Tambunan ya? Aflah boleh tengok air terjun Mahua." Aflah hanya mengangguk sebagai tanda bersetuju. Mulutnya berat untuk bertanya lebih lanjut.


Suasana menjadi senyap semula. Aflah perlu masa  untuk terima semua ini tapi rasa bahagia menyelinap masuk ke dalam jiwa.


2.3 Surat

 Zamil mendapati sepucuk surat di atas meja bilik kerjanya. 

    "Assalamualaikum, buat suamiku tercinta. Maaf diri ini tidak mampu berdepan dengan suaminya yang kini tidak ingin melihat dirinya. Tapi sang isteri ini ingin kiranya suaminya masih menyimpannya sebagai koleksi yang antik. 

    Sang isteri ini membenarkan suaminya untuk memiliki ladang lain yang mungkin memberikannya nafas baru dalam menjalani kehidupan setelah ladang lama tidak dapat memberikan hasil yang memuaskan. "

Ikhlas,

Sang Isteri

Zamil duduk perlahan-lahan sambil merenung surat isterinya.

---

Suasana pejabat Zamil seperti hari yang lain. Sibuknya masih sama. Zamil tidak melawat 'site' hari itu kerana Lidya telah menggantikannya atas permintaan bos mereka, Pn Naimah.


    "Kamal, ada tidak cadangan aktiviti yang sesuai isteri saya turut serta? Ala..mahu mengisi masa hujung minggu ini...", Zamil separuh berbisik kepad Kamal.


    "Minggu lepas semua homestay di Kundasang penuh. Oleh itu, Kundasang boleh dikeluarkan daripada senarai destinasi percutian kalian...," Kamal memegang dagu sambil membuat gaya sedang mencari idea.


    "Ok, selain Kundasang ?"


    "Tambunan, ok?"


    "Apa nama spesifik lokasi tersebut?"


    "Mari kita tanya Pak Cik Google", Kamal ketawa berdekah-dekah.


    "Haha..Kau sudah ke sana?"


    "Pernah. Sekali, tapi tidak menginap. Pergi pagi, pulang petang."


Tangan Kamal pantas menaip kata kunci 'Mahua Rainforest Paradise'. Tidak sampai beberapa saat, hasil carian sudah terpapar.


    "Zamil, kau baca maklumat ini. Kalau berminat, boleh tempah terus. Mudahkan urusan. Apa lagi kalau nak bermalam. Tempahlah sebelum penuh seperti Kundasang," Kamal tersengih-sengih.


    "Baik bagi URL dengan saya. Sekarang sudah sampai waktu rehat. Mari kita mengisi perut...Laparlah pula..."


    "Jom!"


****


    "Semalam saya pulang, lain benar perasaan saya bila lihat dia sudah terlena"


    Kamal mengangkat kening. Mulutnya berhenti mengunyah. Cepat-cepat dihabisi kunyahan terakhir dan menelan makanan.


    "Ha..insaf dah?" Zamil tertawa kecil.


    "Bolehlah dikatakan seperti itu. Saya sendiri hairan dengan tingkahlaku kebudak-budakan yang saya tunjukkan pada Aflah."


    "Its okay.."



5.1 Doa

    Rumandi termimpi sesuatu yang indah. Dalam mimpi itu memiliki seorang suami dan anak lelaki. Mereka hidup bahagia sehingga suami dan anak lelaki itu hilang dari pandangan. Rumandi menangis tersedu-sedu. Dia terjaga dari tidur.

Kimung ada di sisi. Tidur bersamanya. Ugou dan Indik juga ada di sebelah Kimung. Rumandi berasa seperti mendapat keluarga baru. Rumandi menyeka air matanya.

Rumandi keluar mencari air untuk membasahkan tekak. Ondu ada di hadapan unggun api. Sedang berbual dengan Aki Gantama. Mereka tidak menyedari kehadiran Rumandi.

    "Aki Bungkar sedang mengumpul orang untuk menyerang musuh yang menceroboh kawasan kita. Mungkin bagus kita ikut sama dalam mempertahankan keluarga kita," Aki Gantama memberikan pendapatnya.

    "Saya akan bawa anak muda lain dari kampung ini untuk turut serta." Ondu tidak mengecewakan permintaan bapanya.

Rumandi merasakan ia adalah sesuatu yang serius. Dia enggan masuk campur dan berlalu ke dapur. Sambil minum, Rumandi melihat langit. Bintang bertaburan indah. Tiada bulan. Suasana malam itu tetap cemerlang dengan cuaca yang cerah.

    "Kamu sudah sedar dari pengsan?" Rumandi terkejut. Dia menoleh. Ondu menyandar di tiang rumah sambil melihatnya.

    "Ya..Alhamdulillah.." Rumandi mengangguk.

    "Al..ham.." Ondu cuba mengikut sebutannya.

    "Segala puji bagi Allah"

    "Allah..?"

    "Nama Tuhan orang muslim, Allah.."

    "Kenapa perlu ada Tuhan.?"

    "Kerana kita hanya Hamba...Allah cipta kita. Allah cipta alam ini. Kita perlu Tuhan kerana dia Maha Pencipta. Allah menghantar ramai utusan untuk kita mentauhidkan Allah. Sembah Allah. Allah Maha Esa.."

    "Saya berasa susah dalam memahami ayat kamu." Ondu meminta penjelasan.

    "Suatu ketika, jika kamu dalam satu situasi yang sangat genting, berdoalah. Serulah nama Allah. Dia Maha Mendengar akan semua permintaan hambaNya yang meminta. "

    "Menarik. Naiklah. Angin sejuk tak baik untuk kesihatan." Ondu meminta diri ke ruang tidurnya. Rumandi tidak percaya dia bercakap seperti tahu segala. Tapi sebenarnya dia mengharap agar Allah berikan petunjuk untuknya agar dikejutkan dari mimpi yang panjang ini.

Doa hamba pada sepertiga malam adalah doa yang mustajab. Dia menitipkan doa yang panjang sebelum kembali menyambung tidur.


***



 

Tuesday, October 6, 2020

3.3 Keluarga Baru

 Perut Aflah berbunyi. 

     "Mari kita makan." Aki Gantama memusingkan badan dan menuju ke sebuah pondok buluh. 

Aflah mengekori Aki Gantama naik ke dalam rumah tersebut. Aflah mendapati ada beberapa orang lain di sana. Seorang lelaki sebaya Aflah, dua gadis dan seorang wanita tua. 

    "Duduklah" Aflah duduk dengan patuh. Dua gadis tadi tersenyum-senyum melihat Aflah. 

    "Panggil saya Aki Gantama. Saya ketua di sini. Ini isteri saya, Kimung. Anak lelaki saya Ondu. Anak perempuan saya, Ugou dan Indik. Makanlah apa yang ada. Ini saja yang ada pagi ini. Sekejap lagi Ondu cari 'lauk' di sungai." Aki Gantam menyuakan ubi kayu rebus dan garam.

    Aflah mengangguk. Dia mengambil dan memakannya tanpa banyak soal. Dia ada banyak persoalan tapi dia terlalu lapar untuk banyak bersoal jawab.

        

***

 Kepala Aflah masih sakit. Pagi ini matanya melihat sawah, luas mata memandang. Udara nyaman tiada pencemaran bau asap ekzos. Suasana damai dengan kicauan burung.

    Perlahan-lahan dia ke sepohon pokok jambu. Jambu itu berbuah tanpa diganggu sehingga ada buah yang masak ranum berjatuhan di atas tanah. Selain pokok jambu, ada lagi pokok lain yang tidak diketahui namanya.

    Kawasan rumah itu ada 3 bangunan pondok. Pondok utama memuatkan Aki Gantama, Kimung dan pondok kedua memuatkan Ugou dan Indik manakala pondok ketiga pondok Ondu. Dapur terpisah dan berada di bawah pokok yang besar. Tempat memasak dibuat daripada batu sebagai tunku. Bahan bakarnya kayu api. Bekas memasak dibuat daripada tanahliat.

    Aflah sangat bersyukur bila Aki Gantama memberitahu, lauk makanan mereka hanya ikan. Kerana mereka tinggal dekat dengan sungai. Selain nasi, ubi kayu dan ubi manis adalah makanan ruji mereka sekeluarga. 

    Pekerjaan mereka sekeluarga adalah mengusahakan sawah dan bercucuk tanam ubi. Hasil daripada tanaman mereka akan jual di tamu dengan cara menukar barang dengan barang lain. Begitulah kelangsungan hidup keluarga ini. Mereka jarang bercampur dengan orang lain.


3.2 Borotutuon

 Aflah terjaga. 

Lampu pelita menerangi ruangan bilik. Aflah cuba bangun. 

     "Saya di mana ?" Aflah makin cemas melihat dinding bilik itu diperbuat daripada buluh. Atap diperbuat dari daun seakan daun kelapa

Aflah melihat orang mengelilingi unggun api. Keadaan orang-orang itu sangat berbeza dengan dirinya. Rambut mereka panjang walaupun bertubuh lelaki. Pakaian mereka juga hanya menutupi sebahagian badan. Dada Aflah menjadi berat. 

     "Siapa mereka?? " Aflah bertanya dirinya. 

Bahu Aflah disentuh orang. Aflah terjerit panik. Semua mata berpaling kepadanya. Aflah kembali pengsan. 

Aki Gantama memberi isyarat supaya Aflah di angkat  masuk ke rumah buluh. Beberapa wanita mengangkat Aflah. 

    "Siapa perempuan ini" 

    "Adakah orang Inggeris?" 

     "Kita perlu tunggu dia sedar semula" 

Beberapa orang tertanya-tanya sesama mereka. Sejak Aki Gantama membawanya pulang dari hutan. Tiada siapa yang tahu asal-usul wanita itu. 

***

Mentari bersinar di balik bukit. Udara lembah berbau padi yang sedang menunggu masak. Orang kampung telah ramai yang turun bekerja di sawah. Ada yang membajak sawah ada yang menanam padi ada juga yang sedang membersihkan rumpai yang tumbuh bersaing dengan padi.

     Asap putih kelihatan pada setiap rumah buluh ditepi sawah. Para ibu sedang memasak sarapan keluarga masing-masing.

     Aflah membuka mata. Hidungnya menangkap bau asap kayu yang sangat kuat. Dia terbatuk. Matanya berair. Sambil tangannya menggosok mata, dia keluar dari ruangan tersebut untuk mendapatkan udara segar.

     "Nak.." Satu suara kedengaran. Aflah menoleh. Seorang lelaki tua berambut panjang berwarna putih memegang tongkat berdiri sambil merenungnya. 

    Aflah terkebil-kebil melihat lelaki itu.

     "Apa nama tempat ni?" Aflah cuba bertanya perkara yang paling penting.

     "Borotutuon" 

     "Kamu siapa?" 

     "Kami orang asal tempat ini." 

     "Kamu buat apa masuk kawasan kami?" 

     "Saya tidak ingat siapa saya."

3.1 Stalker

 Mahua Rainforest Paradise. 

Selepas mendaftar masuk. Zamil mengajak Aflah ke Air Terjun. Sebelum sampai di saja, mata Aflah terpegun melihat kebun rama-rama dan orkid. Tiada sepatah kata yang diucapkan.

Untuk sampai ke lokasi air Terjun yang tercantik di Sabah itu, mereka menelusuri jambatan kayu yang ringkas. Ini memudahkan pengunjung menikmati suasana tepi sungai dengan lebih selesa dan bebas mengambil gambar.

     "Aflah suka tempat ini?"

     "Suka... Cantik pemandangan di sini."

Sampai air terjun, udara persekitaran amat segar. Sambil melihat sekeliling, matanya terpasang satu pantulan cahaya. Aflah tiba - tiba merasa sakit kepala. Jemarinya memicit-micit kepala. 

     "Aflah nak pulang bilik. Kepala Aflah sakit...." Aflah terus berjalan menuju ke penginapan. Tanpa menunggu Zamil. 

***

Zamil singgah ke kereta untuk mengambil Panadol dalam peti kecemasan. 

Aflah terus ke bilik penginapan dan berbaring. Sambil memicit kepala dengan tangan kiri, tangan kanan laju membuka Instagram untuk memuat naik gambar-gambar pemandangan tempat itu Instagram. 

     Seorang follower meninggalkan komen pada salah satu gambar yang baru dipaparkan dalam profilenya. 

    "Aflah, saya sedia menerima Aflah jika Aflah menerima cinta saya. Dapat menatap wajah Aflah 3 hari lalu, mengurangi sedikit rasa rindu yang lama berkurun dalam hati abang! ." Aflah terkejut dan segera melihat profile orang itu. 

    Alangkah terkejutnya, orang itu adalah Helmi. Orang yang baru dilihatnya beberapa hari lalu. Aflah memegang dada, nafasnya terasa berat. 

    " Aflah!"

Tingginya nada suara Zamil menyebabkan dada Aflah semakin ketat. Dia tahu suaminya sudah terbaca komen lelaki itu. Aflah berdiri sambil memegang dada. Zamil mencekak pinggang. Matanya merah. 

     "Aflah jumpa lelaki di belakang saya??" sebaik sergahan kedua Zamil kedengaran menyebabkan Aflah tersekat pernafasan dan jatuh ke lantai. 

4.4 Kreatif

Pagi ini Rumandi ingin memulakan projek membuat baju daripada kain yang dibeli semalam. Rumandi membentang kain di atas lantai rumah. Melukis pola menggunakan arang. Dia terpaksa menjadi kreatif. Gunting dicipta daripada besi panas iaitu hujung parang. 

Benang diambil dari kulit kayu yang masih muda. Oleh kerana ketiadaan jarum dia membuat lubang kecil untuk masukkan benang menggunakan hujung parang yang runcing yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

   Ugou dan Indik membantunya membuat kerja-kerja menjaga api, melubangkan dan menggunting pakaian menggunakan teknik tadi. Hasilnya, Rumandi dapat menyiapkan 1 lagi set baju untuknya, 3 set baju untuk Kimung, Ugou dan Indik.

    Mereka bertiga menyukai baju tersebut kerana dapat melindungi dari cuaca pada waktu siang dan sejuk pada waktu malam. Rumandi berjanji akan bekerja di sawah untuk membayar semula 2 gantang beras yang sudah ditukarkan dengan kain. Aki Gantama dan Kimung berbesar hati Rumandi sudi menolong mereka di sawah.

    "Cantik baju ini." Ugou menggayakan baju itu di hadapan Indik dan Rumandi. Rumandi senyum sahaja. Dia sendiri tidak menyangka dia dapat menyiapkan baju seperti ini ditengah hutan belantara.

“Kita perlu kumpul banyak beras lagi untuk dapatkan kain. Bolehlah kita jual.” Rumandi mencadangkan kepada Ugou dan Indik.

“Bagus cadangan itu. Kami setuju!” Ugou dan Indik serentak bersetuju.

“Lepas ni rajinlah semua anak mama turun sawah..” Kimung berseloroh. Akhirnya semua ketawa.

“Kita orang pertama membuat baju seperti ini. Orang lain mesti teringin juga baju seperti kita.” Kimung menyokong cadangan Rumandi.

“Baju untuk kami yang lelaki tidak ada?” Aki Gantama bertanya sekadar ingin tahu.

“Boleh diusahakan Aki.” Rumandi yakin dia boleh hasilkan pakaian untuk lelaki juga. Ondu dari tadi hanya mendengar dan tersenyum. Tiada komen mahupun cadangan darinya. Entah apa yang difikirkan.

Rumandi lupa sebentar misi untuk mencari identiti dirinya. Keseronokan keluarga itu mendapat pakaian baru menyenangkan hatinya. 





Monday, October 5, 2020

2.2 Kawan Lama

 Belum reda masalah Aflah, lelaki itu kemudian mencari nombor telefon Aflah dari rakan perempuannya. Dia menghubungi Aflah dan memperkenalkan diri sebagai Helmi. Helmi mengaku dia yang selalu menghubungi Aflah di Facebook. Nama akaunnya adalah 'Mister H'.

     Aflah tidak melayan mesej Helmi. Setiap kali dia mesej, Aflah akan padam serta merta. Memberitahu pada Zamil hanya akan menjadikan Zamil kembali mengamuk.

     Helmi adalah lelaki lembut yang menjadi kawannya suatu ketika dulu di kampus. Begitu mereka bersahabat seperti rakan perempuan lain saling berkongsi cerita kehidupan. Helmi menjadi tempat Aflah berkongsi masalah.

    Rakan perempuan lain semua tidak dipercayai kerana suka mengambil kesempatan dalam kesempitan.

Apabila mempunyai masalah kewangan. Helmi orang yang akan menolong tanpa dipinta. Banyaknya jasa Helmi jika diingat semula.

Sejak Helmi bertukar menjadi lebih maskulin, Aflah jadi kurang selesa dengan perhubungan itu. Ia menjadi lebih renggang apabila Aflah menerima lamaran Zamil. Aflah langsung tidak menyangka Helmi masih menaruh hati padanya. 

Aflah menukar nombornya. Dia lebih bahagia tanpa diganggu. 

---

2 Tahun berlalu,

    Aflah masih bertahan dalam gelora hidup. Dia pasrah jika suaminya ingin mencari orang kedua. Tapi dia sangat menghargai jika suaminya tidak menceraikannya. Aflah memberikan surat kepada suaminya tentang keizinan untuk hidup bermadu jika suaminya ada pilihan lain diluar.  

    Dalam dua tahun yang berlalu, Aflah menempah kejayaan dalam menjual hasil lukisan di dalam Ebay. Dia tidak menyangka lukisannya disukai orang atas angin. Untuk tujuan itu, Aflah membuka satu akaun baru di instagram. Dia menggunakan nama yang tidak membayangkan dirinya. Tapi dia bebas menambah gambar yang diingini dan menceritakan apa saja yang diingini. 

    



1.5 Menyimbah Minyak Ke Api

 Berita kematian Adam diketahui oleh keluarga, rakan taulan melalui status Zamil di dalam  Facebook. Banyak kata-kata semangat diberikan kepada mereka berdua. Aflah berasa sangat bertuah kerana ramai yang prihatin.

     Pun begitu, mereka masih perlu menjalani kuarantine untuk memastikan mereka benar-benar telah bebas dari jangkitan Tuberculosis. Walaupun Zamil bekerja dari rumah, dia terlalu sibuk menghadap komputer. 

     Mereka suami isteri jarang berbual santai. Aflah berasa sunyi, tapi dia tidak berani mengganggu suaminya yang masih berduka dan disibukkan oleh kerja yang tertangguh akibat mengurus anaknya ketika dihospital. 

     Aflah hanya ditemani oleh rakan-rakan Facebook yang tidak jemu bertanya khabar. Dalam banyak-banyak rakan facebook yang bertanya khabar ada seorang lelaki yang setiap hari tidak pernah lupa bertanya khabar di status akaun Aflah.

     Apa sahaja post baru, komen lelaki itu pasti akan muncul. 

Shingga satu ketika, Zamil perasan akan kehadiran lelaki itu di dalam akaun isterinya. Dia menghubungi lelaki tadi secara 'private message'.

     "Assalamualaikum. Bro, kenapa kau suka komen di status isteri aku?? "

     "Waalaikumussalam. Bro, aku masih rindukan dia. Sebelum dia berkahwin dengan kau, aku orang yang selalu berada di sisinya suka dan duka. Tahu?"

     "Yang aku tahu sekarang dia milik aku. Jangan cuba-cuba ganggu dia!" Zamil mengetap bibir. Jika dia boleh keluar, ingin saja dia berjumpa lelaki itu dan mengajarnya sekali. 

     "Terpulang pada Aflah, dia akan pilih siapa yang layak berada di sisinya.." 

Lelaki itu menyahaktifkan aplikasi chat. 

     Zamil mencari kelibat Aflah di dapur. 

     "Aflah, aku tidak suka kau berbalas komen dengan lelaki di facebook!" 

     "Aflah hanya membalas ucapan mereka. Itukan budi bahasa kita di alam maya..." Aflah mencuba meneutralkan keadaan. 

     "Aflah, anak kita baru sahaja meninggal. Aku terasa pelik kalau kau mula mencari lelaki lain di luar sana. Lainlah kalau aku yang mencari perempuan lain!" Zamil berlalu meninggalkan Aflah dalam air mata yang berlinangan.

     "Bang!" Pintu rumah dihempas. Zamil keluar dan menghilang selama 3 hari. 

1.4 Duhai Anak


Aflah tenggelam dalam kenangan.

    Anak itu selalu sakit, sehingga  hembusan nafas terakhir, anaknya berada di katil wad ICU. Badan penuh berselirat wayar. Air matanya jatuh perlahan.

    Sejak itu, suaminya berubah sama sekali.

    Selalu pulang lewat. Bila Aflah bertanya, jawapannya hanyalah 'Banyak kerja perlu diselesaikan'. Kesannya, makanan yang dimasak untuk makan malam selalu tidak terusik dan dia perlu habiskan pada esok hari.

     Aflah masih mengingati hari Adam dilahirkan.  Zamil adalah orang yang paling teruja. Zamil menyediakan bibik yang menjaganya ketika berpantang. Setiap hari dia akan pulang seawal mungkin dari kerja. Tak sabar nak lihat dan peluk Adam katanya. Sehingga Adam dapat menyebut perkataan 'baba'. Zamil berasa bangga. 

     Tiada siapa menyangka, bibik yang diupah mempunyai penyakit tuberculosis selepas kembali dari kampung. Seminggu dia batuk tak henti-henti. Zamil meminta dia membuat pemeriksaan lanjut. Akhirnya mereka dapat berita, dia ada penyakit berbahaya tersebut lalu diberhentikan kerja serta merta. 

     Seluruh ahli keluarga termasuk Zamil, Aflah dan Adam diminta membuat pemeriksaan. Rupanya, Adam telah terkena jangkitan penyakit tersebut. Selama 6 bulan dalam rawatan. Adam tidak dapat bertahan. 

     

1.3 Grab

 Grab sampai betul-betul di hadapan pintu masuk Karamunsing. Aflah lega meninggalkan Helmi tanpa perlu bercerita panjang dengannya.

    "Cik selalu naik Grab?"

    Aflah menoleh ke arah pemandu tersebut sedikit terkejut. Pertanyaan tersebut memecahkan kesunyian yang tercipta dari awal perjalanan.

    "Tidak juga selalunya saya dengan suami saya," perkataan 'suami' di tekankan sedikit untuk memberi mesej bahawa panggilan 'Cik' tidak sesuai untuknya.

    "Oh..Anak tidak ikut?"

    "Tidak" Aflah menjawab pendek dan melihat diluar jendela. 

'Dia sedang menunggu ibunya di Syurga' Aflah bermonolog sendiri. Anaknya telah menemui pencipta seawal usia setahun lebih asbab komplikasi paru-paru. Selebihnya, Aflah faham ajal anaknya telah sampai.

    Aflah memasang alat pendengar di telinga. Pemandu itu melihat sekilas di cermin pandang belakang. Dia segera faham, penumpang itu tidak sedia berbual. Dia juga ikut berdiam. Dia perlu menjaga prestasinya yang telah bertahan mendapat 5 bintang daripada pelanggan sebelumnya.

4.5 Mencari Lemiding

Hari kelima.

Indik mengajak Ugau mencari sayur Lemiding untuk dijadikan santapan tengah hari nanti. Rumandi terdengar dan ingin turut serta. Selepas bersarapan, mereka bergerak ke timur. Kawasan timur kampung berada di sebelah tali air sawah yang mengalir ke Sungai Sinsuron. Sayur lemiding tumbuh di kawasan yang lembab.

    "Rumandi, kau suka sayur lemiding?"

    "Saya tidak pernah makan sayur ini. Tapi sayur pakis yang hijau saya pernah makan. Sedap jika dimasak dengan belacan. Yummy..."

    "Belacan?"

    "Oh, hehe. Belacan sejenis jeruk bilis. Pernah dengar ikan bilis?" Ugou dan Indik menggeleng serentak. Penduduk dalam pedalaman sudah pasti tidak pernah ke tepi pantai. Tamu juga tidak menjual ikan masin atau ikan bilis.

    "Tidak mengapa," Kalau ada rezeki, merasalah kita di sini.

    "Saya tidak pernah nampak sayur lemiding. Bagaimana cara untuk mengenali sayur tersebut? "

   Ugou memetik sepucuk lemiding dan menyuakan ke hadapan Rumandi. Rumandi mengambilnya perlahan-lahan. Dan memandang sekeliling. 

    "Wah, di sini ada banyak lemiding!" 

    "Ya. Betul tu. Mari kita berlumba. Siapa petik paling banyak kan jadi pemenang!" Ketiga-tiga gadis bertebaran di tempat itu. Masing-masing mencari lemiding dengan pantas.


Mereka meneruskan pencarian . Tanpa disedari Rumandi telah terpisah jauh dari mereka.

    Rumandi tertunduk-tunduk membawa sayur yang dipeluknya. Dia mencari tumbuhan yang boleh dilentur untuk mengikat sayur itu. Matanya terpandang lalang yang meninggi. Dia dapat idea dan cuba mencabut lalang itu dari akarnya.

    Tiba-tiba ada seekor ular muncul dihadapannya.

    Dia kaget. Mukanya berubah pucat. 

Zass!

Kepala ular itu dibenam tombak. Melekat kepala ular di tanah. Darah memercik ke muka Rumandi.

    "Rumandi, kau tidak apa-apa?" Ondu menerpa Rumandi. Rumandi kehilangan pandangan dan jatuh pengsan.

1.2 Peminat Rahsia

     "Eh...?"

    "Maaf, tuan boleh duduk di meja lain."

    "Aflah, lupakah pada saya?"

    "Maaf, Siapa ya?"

    "Saya Helmi."

    "Oh, Helmi! Silakan duduk di meja sebelah ya..," Aflah masih keberatan memberi keizinan Helmi duduk di sampingnya. Itu sangatlah janggal.

    Helmi pernah melamarnya selepas majlis konvokesyen mereka 6 tahun yang lalu. Sejak itu bermula Aflah selalu mengelak untuk bertemu Helmi.

    "Baiklah, maaf kerana mengganggu Aflah." Helmi memberi senyuman kelat sebelum ke meja sebelah.

    Aflah jadi serba tak kena melihat Helmi sekejap-sekejap menoleh padanya. Dia segera bangun dan meninggalkan kek yang tidak terhabisi. Sambil berjalan, Aflah menempah Grab. 

    

    

4.3 Tamu

 Malam itu, udara dingin sedingin embun malam. Angin bertiup menyebabkan dedaun pokok berlambai dan berbunyi.

    "Di mana boleh saya beli kain semacam ini? Rumandi bertanya pada Kimung sambil menunjukkan kain tudungnya.

    "Tamu (Pasar tamu)"

    "Bila kita boleh pergi tamu itu?"

    "Esok pagi. Mesti keluar awal pagi."

    "Baiklah. Saya minta diri dulu."

  Rumandi berlalu ke pondoknya. Pondok itu adalah milik Ondu, tapi Ondu memintanya tidur di sana. Sementara Ondu tidur di dapur. Kawasan rumah Ondu itu agak berjauhan dari rumah orang lain. Rumah-rumah di sana dipisahkan oleh sawah padi yang luas.

 

Ayam hutan berkokok bersahut-sahutan.

    Rumandi bangun walaupun masih gelap. Dia perlu menunaikan solat Subuh. Sejurus selepas dia memberi salam. Kimung memanggilnya di luar pondok.

    "Mari kita gerak sekarang" Ajaknya. Ugou dan Indik masing-masing membawa wakid (sejenis beg diperbuat dari rotan atau buluh). Isinya adalah barangan hutan seperti pisang, rotan, dan sebagainya. 

    Rumandi menurut saja langkah mereka bertiga. Sampai di hujung sawah. Ondu sudah menunggu mereka di sana. Rupanya dia juga akan bersama dalam perjalanan ke tamu.

Perjalanan itu agak jauh. Hampir lebih kurang 3 jam berjalan. Mereka sampai ke suatu kawasan yang agak lapang dan ramai orang berkumpul. Sungguh serupa dengan tamu yang dibayangkan oleh Rumandi.

Rumandi terus mencari kain yang dimaksudkan oleh Kimung. Kehadirannya menjadi bualan orang sekitar. Rumandi buat tidak tahu saja. Ada beberapa orang lelaki berbisik-bisik sesama mereka. Tetapi apabila melihat Ondu di sebelah Rumandi. Mereka berpura-pura memilih barang.

    "Berapa harga kain ini?" Rumandi menunjukkan kain yang ingin dibelinya kepada penjual bermata sepet itu. Pemakaiannya seperti orang Cina tapi boleh berbahasa dengan bahasa tempatan.

    "Harganya dua gantang beras." Terbeliak mata Rumandi. Rumandi mencari-cari Kimung atau anak-anaknya. 

    "Kenapa, Rumandi?" Ondu muncul di belakangnya.

    " Saya mahu beli kain ini. Tapi perlu dua gantang beras."

    "Kami tiada beras. Tauke, apa lagi barang yang boleh ditukar untuk kain ini?" Ondu cuba buat rundingan.

    "Saya mahu barang di tangan wanita ini." Tauke menunjuk gelang silver Rumandi. Rumandi cepat-cepat membuka gelang itu dan memberikan pada tauke tersebut. 

    "Baik, ini kainnya." Tauke itu kelihatan gembira dan berpuas hati. Dia tidak henti-henti membelek gelang silver yang baru ditukar dengan kain jualannya.

    "Kain ini untuk apa?" Ondu menyoal Rumandi bila melihat Rumandi sangat bersemangat membawa kain tersebut.

    "Untuk buat baju. Baju seperti yang saya pakai ini."

    "Mari saya bawa." Ondu menawarkan diri. Rumandi juga tidak bercadang membawa barang berat itu sampai ke kampung. Biarlah Ondu yang membawanya.

Selesai membeli, Kimung mengajak mereka pulang sebelum hari bertukar ke petang.

***

 

8.2

Segalanya bagai mimpi. Pemergian suaminya yang mengejut belum mampu diterima dengan hati yang ikhlas. Kini dia tiada sesiapa. Rumah Aflah se...