Malam itu, udara dingin sedingin embun malam. Angin bertiup menyebabkan dedaun pokok berlambai dan berbunyi.
"Di mana boleh saya beli kain semacam ini? Rumandi bertanya pada Kimung sambil menunjukkan kain tudungnya.
"Tamu (Pasar tamu)"
"Bila kita boleh pergi tamu itu?"
"Esok pagi. Mesti keluar awal pagi."
"Baiklah. Saya minta diri dulu."
Rumandi berlalu ke pondoknya. Pondok itu adalah milik Ondu, tapi Ondu memintanya tidur di sana. Sementara Ondu tidur di dapur. Kawasan rumah Ondu itu agak berjauhan dari rumah orang lain. Rumah-rumah di sana dipisahkan oleh sawah padi yang luas.
Ayam hutan berkokok bersahut-sahutan.
Rumandi bangun walaupun masih gelap. Dia perlu menunaikan solat Subuh. Sejurus selepas dia memberi salam. Kimung memanggilnya di luar pondok.
"Mari kita gerak sekarang" Ajaknya. Ugou dan Indik masing-masing membawa wakid (sejenis beg diperbuat dari rotan atau buluh). Isinya adalah barangan hutan seperti pisang, rotan, dan sebagainya.
Rumandi menurut saja langkah mereka bertiga. Sampai di hujung sawah. Ondu sudah menunggu mereka di sana. Rupanya dia juga akan bersama dalam perjalanan ke tamu.
Perjalanan itu agak jauh. Hampir lebih kurang 3 jam berjalan. Mereka sampai ke suatu kawasan yang agak lapang dan ramai orang berkumpul. Sungguh serupa dengan tamu yang dibayangkan oleh Rumandi.
Rumandi terus mencari kain yang dimaksudkan oleh Kimung. Kehadirannya menjadi bualan orang sekitar. Rumandi buat tidak tahu saja. Ada beberapa orang lelaki berbisik-bisik sesama mereka. Tetapi apabila melihat Ondu di sebelah Rumandi. Mereka berpura-pura memilih barang.
"Berapa harga kain ini?" Rumandi menunjukkan kain yang ingin dibelinya kepada penjual bermata sepet itu. Pemakaiannya seperti orang Cina tapi boleh berbahasa dengan bahasa tempatan.
"Harganya dua gantang beras." Terbeliak mata Rumandi. Rumandi mencari-cari Kimung atau anak-anaknya.
"Kenapa, Rumandi?" Ondu muncul di belakangnya.
" Saya mahu beli kain ini. Tapi perlu dua gantang beras."
"Kami tiada beras. Tauke, apa lagi barang yang boleh ditukar untuk kain ini?" Ondu cuba buat rundingan.
"Saya mahu barang di tangan wanita ini." Tauke menunjuk gelang silver Rumandi. Rumandi cepat-cepat membuka gelang itu dan memberikan pada tauke tersebut.
"Baik, ini kainnya." Tauke itu kelihatan gembira dan berpuas hati. Dia tidak henti-henti membelek gelang silver yang baru ditukar dengan kain jualannya.
"Kain ini untuk apa?" Ondu menyoal Rumandi bila melihat Rumandi sangat bersemangat membawa kain tersebut.
"Untuk buat baju. Baju seperti yang saya pakai ini."
"Mari saya bawa." Ondu menawarkan diri. Rumandi juga tidak bercadang membawa barang berat itu sampai ke kampung. Biarlah Ondu yang membawanya.
Selesai membeli, Kimung mengajak mereka pulang sebelum hari bertukar ke petang.
***
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.