Wednesday, September 30, 2020

Biodata Penulis Hayat 30 Hari

Biodata Penulis:


Ummu Saifah nama pena kepada Siti Azimah Binti Rupilen, anak perempuan kepada pasangan bahagia, En Rupilen @Rafle Naiman dan Pn. Hanidah Wahip. Anak ke-3 dari 12 bersaudara.

Pernah bersekolah di beberapa sekolah rendah sebelum meneruskan pelajaran ke SMKA Inanam, Kota Kinabalu. Memperolehi segulung Ijazah Sarjana Muda jurusan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak pada Tahun 2014.

Menyambung Diploma Pascasiswazah Pendidikan di Institusi Pengajian Guru Kampus Gaya pada tahun 2018 dan kini mengajar di sebuah sekolah rendah milik kerajaan.

Penulis menulis e-Book 'Menanam Rutin Al-Quran' ini mengembangkan lagi sayap dengan menulis sebuah novel kehidupan yang bakal menjadi pedoman kepada mereka yang merasa 'kehilangan arah tuju' dalam kehidupan. 

Mehnah dan tribulasi hidup adalah satu laluan yang mewarnai hayat insan. Tanpanya, mampu menjadikan diri meragui tujuan hidup. Namun, setelah melaluinya seringkali ada yang berputus asa kerana terjatuh dalam lubang. Hanya mereka yang berusaha mencari jalan keluar dari lubang itu akan dapat meneruskan perjalanan hidup.


8.2

Segalanya bagai mimpi. Pemergian suaminya yang mengejut belum mampu diterima dengan hati yang ikhlas. Kini dia tiada sesiapa. Rumah Aflah se...