Rumandi dibawa ke sebuah kawasan yang boleh dikira sebagai kawasan pentadbiran. Ada bangunan yang agak kukuh berbanding pondok keluarga Aki Gantama. Kawasan itu terletak ditepi landasan kereta api.
"Who are you?" Seorang lelaki berpangkat bertanya kepada Rumandi. Rumandi hanya berdiam diri.
"Are you a spy?" tanya lelaki itu lagi.
"No." Rumandi menjawab sepatah.
"Then how you learn English?The natives here does not speak like you're !"
" We will keep you here until we get the truth."
Lelaki itu meninggalkan Rumandi di dalam bilik yang kosong itu. Suasana kesejukan malam mencengkam. Dia terasa ingin membuang air kecil.
Rumandi mengetuk pintu beberapa kali. Pintu dibuka.
"I want to go restroom!" Pegawai itu membuka pintu dan menunjukkan tandas yang hanya selang dua pintu bilik dari biliknya. Rumandi segera menunaikan hajat.
"Go back to your room!" Arah penjaga tadi.
Rumandi masuk dibilik itu dengan berat hati. Tapi jika dia melawan, kemungkinan sebutir peluru akan menembusi kulitnya.
Sinaran bulan menembusi dinding bangunan yang agak jarang. Rumandi bertayamum dan menunaikan solat Isyak. Dia hanya bertawakal menghadap arah kiblat kerana dia tidak pasti kedudukan matahari yang sebenar di tempat baru itu.
Selepas berdoa panjang, dia tertidur di atas lantai yang tidak beralas.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.