Malam makin larut.
Ondu tidak lagi mendengar apa-apa bunyi perbualan mahupun pergerakan mana-mana orang Inggeris. Perlahan-lahan dia mengintai pintu masuk ke bilik tahanan Rumandi. Ada seorang pengawal yang tertidur dalam keadaan duduk.
Ondu mengeluarkan sumpit dan mengisi buah sumpit. Sumpit itu dihalakan ke batang leher orang Inggeris tadi. Dia membidik dengan tepat ke arah salur darah pada leher mangsanya. Serta merta lelaki tersebut terkulai. Racun yang ada pada buah sumpit itu adalah daripada bisa ular. Tanpa rawatan yang betul, bisa itu sukar dikeluarkan dari tubuh.
Ondu mengambil semula buah sumpit pada batang leher mangsanya dan ke pintu dan cuba membuka pintu tapi malangnya pintu itu terkunci. Dia panik sebentar. Oleh kerana dinding itu diperbuat dari papan. Dia tidak dapat memecahkan dinding mahupun pintu tanpa membuat bunyi yang kuat.
"Rumandi..."
Ondu cuba memanggil Rumandi separa berbisik. Tapi tiada suara menjawab. Ondu melihat segugus kunci pada pinggang pengawal. Dia cuba membuka pintu menggunakan kunci-kunci tersebut. Akhirnya dia berjaya memilih kunci yang betul.
Pintu dibuka.
Ondu meluru ke arah Rumandi. Dia kelihatan lemah dan tidak sedarkan diri. Mungkin kerana ketiadaan tenaga akibat enggan makan seharian. Rumandi di letakkan di belakangnya. Dia cepat-cepat membawa Rumandi keluar dari kawasan tersebut.
Ondu membawa Rumandi ke tepi sungai. Di celah antara dia batu yang besar. Dia mengambil secedok air menggunakan dua tapak tangan. Dia mengelap wajah Rumandi. Mata Rumandi terbuka sedikit. Bibir Rumandi dibasahi dengan titisan air sungai. Rumandi minum dengan lemah. Akhirnya dia membuka mata dengan lebih besar.
Ondu menarik nafas lega.
"Rumandi, maafkan saya kerana lambat selamatkan kamu..." Ondu menundukkan wajahnya. Rumandi menggeleng-gelengkan kepala.
"Tidak mengapa, Ondu. Saya telah selamat bersama kamu sekarang..." Rumandi tersenyum sambil mengalir air mata. Dia sangat bersyukur terlepas dari orang putih tersebut.
"Dengar sini, kita akan meneruskan perjalanan ke arah timur. Kita tidak akan pulang ke rumah dalam masa terdekat. Kamu boleh berjalan?"
Ondu memegang bahu Rumandi. Rumandi menggeleng. Dia merasakan pemandangannya seakan berpusing.
"Tidak mengapa. Saya rasa kita boleh berehat sebentar di sini. Orang Inggeris tidak akan mencari kita pada malam ini. Saya sudah pastikan semua yang ada di sana sudah di'tidur'kan." Rumandi memejamkan mata sambil bersandar pada batu besar di belakangnya.
Ondu memasang unggun api untukmenghangatkan tubuh mereka dari kedinginan sungai.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.