Showing posts with label Bab 2. Show all posts
Showing posts with label Bab 2. Show all posts

Wednesday, October 7, 2020

2.4 Maafkan Saya

 Di rumah Aflah.


    Kedengaran pintu diketuk orang. Aflah segera membuka pintu. 


    "Surprise!"


    "Wah...."


Aflah tersenyum girang melihat jambangn bunga dan coklat itu. Hadiah itu bertukar tangan. 


    "Tanda tangan boleh? Puan Aflah kan?"


    "Betul''


Orang itu meminta diri selepas menerima tandatangan Aflah. Pintu ditutup perlahan-lahan. Tangannya membelek jambangan bunga untuk mencari nama pengirimnya.


Hanya tulisan "Maafkan Saya" yang tertulis.


    Aflah menjadi sangsi sebentar. Dari Zamilkah atau Helmi? Aflah tidak jadi membuka coklat yang ada kerana risau jika itu dari Helmi.


    Aflah kembali menonton drama Korea, lakonan IU , 'Moon Lovers'. Dia merasa ada persamaan dengan watak IU tersebut. Bezanya, IU disakiti oleh teman lelaki.


    "Alangkah baiknya jika dapat tidur selama mungkin untuk lupakan masalah yang ada?'' Aflah tersenyum.


    "Baik lagi aku melukis untuk bertenang. Boleh buat duit." Aflah mencadangkan aktiviti untuk dirinya sendiri.


    Aflah suka buat aktiviti sampingan untuk menghabiskan masanya. Selain berzumba untuk keluarkan peluh, aktiviti kedua adalah membaca. Buku elektronik adalah pilihannya kerana mudah didapati dan murah. Jimat kos pengeposan.


 Aflah teringat perbualannya bersama rakan sebiliknya dulu, Chai.


    "Aflah, saya kagum dengan kamu. Jarang lihat kamu bersedih. Kongsilah tips untuk menjadi seperti kamu..."


    "Tiada yang luar biasa, Chai. Biasa saja. Cuma saya tidak gemar memikirkan masalah sangat. Fikir yang berfaedah sahaja. Bersedih itu normal Chai. Sedih juga, cuma tidak suka menangis lama kerana ia sangat mengurangkan tenaga dan semangat jika terlalu bersedih."


    "Betul juga kan..."


    " Kalau muslim, kami dididik untuk selalu pulangkan masalah pada Tuhan kami, Allah. Minta diberi petunjuk jalan kebenaran."


    "Kamu suka tidak kongsi masalah dengan seseorang?"


    "Tidak. Entahlah Chai, rasa berat sangat mulut untuk menceritakan masalah sendiri pada orang lain. Chai ada masalah? Boleh kongsi dengan saya. Saya penyimpan rahsia yang baik. Wlaupun tidak menyelesaikan masalah, sekurangnya Chai rasa lega."


     Chai pun menceritakan masalahnya. Aflah mendengar dengan penuh perhatian

2.5 Bunga

 Zamil pulang awal malam itu. Dia sempat melihat bunga yang dihantarnya tadi belum diusik.


    "Bunga dari siapa?"


    "Er..saya tidak pasti, A..bang.." Aflah tergagap-gagap apabila suaminya bertanya tentang hadiah misteri itu.


    "Coklat itu nampak sedap. Mengapa tidak makan?"


    "Kalau abang nak makan, makanlah ya. Sayang jika dibuang."


    "Aflah betul-betul taknak makan? Hadiah ini dari saya." Zamil bersahaja memberi tahu dalang hadiah tersebut.


    "Dari abang?"


    "Ya, dari abang"


    "Oh..terima kasih ya, cantik bunga itu. Saya sediakan makan malam ya", Aflah mengeluarkan coklat yang ada lalu menyimpannya di dalam peti sejuk.


    "Ya Allah...apa patut aku respon? Gembira? Tak respon apa-apa? Hambamu ini takut tersilap langkah lagi.." Aflah berkata sendirian di dapur.


Suasana sunyi semasa makan malam dipecahkan apabila Zamil memaklumkan tentang perancangannya untuk melawat Tambunan.


    "Sabtu ini kita ke Tambunan ya? Aflah boleh tengok air terjun Mahua." Aflah hanya mengangguk sebagai tanda bersetuju. Mulutnya berat untuk bertanya lebih lanjut.


Suasana menjadi senyap semula. Aflah perlu masa  untuk terima semua ini tapi rasa bahagia menyelinap masuk ke dalam jiwa.


2.3 Surat

 Zamil mendapati sepucuk surat di atas meja bilik kerjanya. 

    "Assalamualaikum, buat suamiku tercinta. Maaf diri ini tidak mampu berdepan dengan suaminya yang kini tidak ingin melihat dirinya. Tapi sang isteri ini ingin kiranya suaminya masih menyimpannya sebagai koleksi yang antik. 

    Sang isteri ini membenarkan suaminya untuk memiliki ladang lain yang mungkin memberikannya nafas baru dalam menjalani kehidupan setelah ladang lama tidak dapat memberikan hasil yang memuaskan. "

Ikhlas,

Sang Isteri

Zamil duduk perlahan-lahan sambil merenung surat isterinya.

---

Suasana pejabat Zamil seperti hari yang lain. Sibuknya masih sama. Zamil tidak melawat 'site' hari itu kerana Lidya telah menggantikannya atas permintaan bos mereka, Pn Naimah.


    "Kamal, ada tidak cadangan aktiviti yang sesuai isteri saya turut serta? Ala..mahu mengisi masa hujung minggu ini...", Zamil separuh berbisik kepad Kamal.


    "Minggu lepas semua homestay di Kundasang penuh. Oleh itu, Kundasang boleh dikeluarkan daripada senarai destinasi percutian kalian...," Kamal memegang dagu sambil membuat gaya sedang mencari idea.


    "Ok, selain Kundasang ?"


    "Tambunan, ok?"


    "Apa nama spesifik lokasi tersebut?"


    "Mari kita tanya Pak Cik Google", Kamal ketawa berdekah-dekah.


    "Haha..Kau sudah ke sana?"


    "Pernah. Sekali, tapi tidak menginap. Pergi pagi, pulang petang."


Tangan Kamal pantas menaip kata kunci 'Mahua Rainforest Paradise'. Tidak sampai beberapa saat, hasil carian sudah terpapar.


    "Zamil, kau baca maklumat ini. Kalau berminat, boleh tempah terus. Mudahkan urusan. Apa lagi kalau nak bermalam. Tempahlah sebelum penuh seperti Kundasang," Kamal tersengih-sengih.


    "Baik bagi URL dengan saya. Sekarang sudah sampai waktu rehat. Mari kita mengisi perut...Laparlah pula..."


    "Jom!"


****


    "Semalam saya pulang, lain benar perasaan saya bila lihat dia sudah terlena"


    Kamal mengangkat kening. Mulutnya berhenti mengunyah. Cepat-cepat dihabisi kunyahan terakhir dan menelan makanan.


    "Ha..insaf dah?" Zamil tertawa kecil.


    "Bolehlah dikatakan seperti itu. Saya sendiri hairan dengan tingkahlaku kebudak-budakan yang saya tunjukkan pada Aflah."


    "Its okay.."



Monday, October 5, 2020

2.2 Kawan Lama

 Belum reda masalah Aflah, lelaki itu kemudian mencari nombor telefon Aflah dari rakan perempuannya. Dia menghubungi Aflah dan memperkenalkan diri sebagai Helmi. Helmi mengaku dia yang selalu menghubungi Aflah di Facebook. Nama akaunnya adalah 'Mister H'.

     Aflah tidak melayan mesej Helmi. Setiap kali dia mesej, Aflah akan padam serta merta. Memberitahu pada Zamil hanya akan menjadikan Zamil kembali mengamuk.

     Helmi adalah lelaki lembut yang menjadi kawannya suatu ketika dulu di kampus. Begitu mereka bersahabat seperti rakan perempuan lain saling berkongsi cerita kehidupan. Helmi menjadi tempat Aflah berkongsi masalah.

    Rakan perempuan lain semua tidak dipercayai kerana suka mengambil kesempatan dalam kesempitan.

Apabila mempunyai masalah kewangan. Helmi orang yang akan menolong tanpa dipinta. Banyaknya jasa Helmi jika diingat semula.

Sejak Helmi bertukar menjadi lebih maskulin, Aflah jadi kurang selesa dengan perhubungan itu. Ia menjadi lebih renggang apabila Aflah menerima lamaran Zamil. Aflah langsung tidak menyangka Helmi masih menaruh hati padanya. 

Aflah menukar nombornya. Dia lebih bahagia tanpa diganggu. 

---

2 Tahun berlalu,

    Aflah masih bertahan dalam gelora hidup. Dia pasrah jika suaminya ingin mencari orang kedua. Tapi dia sangat menghargai jika suaminya tidak menceraikannya. Aflah memberikan surat kepada suaminya tentang keizinan untuk hidup bermadu jika suaminya ada pilihan lain diluar.  

    Dalam dua tahun yang berlalu, Aflah menempah kejayaan dalam menjual hasil lukisan di dalam Ebay. Dia tidak menyangka lukisannya disukai orang atas angin. Untuk tujuan itu, Aflah membuka satu akaun baru di instagram. Dia menggunakan nama yang tidak membayangkan dirinya. Tapi dia bebas menambah gambar yang diingini dan menceritakan apa saja yang diingini. 

    



Friday, October 2, 2020

2.1 Hukuman

 Aflah merasa dirinya bersalah dalam hal pergaduhannya dengan Zamil. 

Tanpa berfikir panjang Aflah memadam akaunnya di Facebook. Dia ingin menjauhkan diri dari semua orang. Dia berasa tertekan dengan tindakan Zamil. Zamil menyalahkannya tanpa pertimbangan yang wajar. 

Aflah bertekad untuk berdiam diri tanpa melakukan apa-apa selain melakukan rutin hariannya sebagai isteri. Tapi sejak Zamil menghilang selama 3 hari. Aflah cuba bersedia dengan sebarang kemungkinan untuk tidak putus asa terhadap hidupnya. 

Aflah tidak bekerja. Dia hanya suri rumah. Meminta cerai adalah keputusan paling dangkal untuk dibuat. Dia masih perlukan Zamil. 

Hari keempat, Zamil muncul dan berkelakuan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Namun, perubahan drastiknya adalah, dia menjadi pendiam. Dia tidak bercerita dengan Aflah. Hanya beercakap bila perlu. 

Setelah tempoh kuarantin berlalu. Pemeriksaan terakhir menunjukkan mereka tidak bergejala. Zamil dibenarkan ke pejabat. 

 ---

Sarapan Pertama sebelum ke Pejabat.

    "Abang ke pejabat hari ini?" Aflah bertanya kepada Zamil untuk memadam kesunyian yang menyelubungi.

    "Hm.." Zamil hanya menjawab sepatah.

    " Abang balik awal ya. Saya masak masakan kegemaran abang." Aflah mengharapkan jawapan yang positif daripada Zamil.

    "Tidak. Jangan tunggu saya. Saya akan pulang lewat."

 Aflah berasa asing dalam dalam Zamil. Dirasakan semuanya menjadi suram. Rumah itu telah kehilangan seri. Tiada gurau senda seperti selalu. Aflah buntu. Tiada rakan untuk meminta nasihat. Cuma dia tidak ingin simpati sesiapa.

Aflah memulakan hobi baru iaitu melukis. Melukis dapat menepis sedikit sebanyak perasaannya yang sedang bergelora. Melukis adalah luahan perasaan.



 

   


 

  

    

8.2

Segalanya bagai mimpi. Pemergian suaminya yang mengejut belum mampu diterima dengan hati yang ikhlas. Kini dia tiada sesiapa. Rumah Aflah se...