Sunday, October 18, 2020
6.4
Zamil terjaga dari tidur. Bunyi mesin pengesan nadi masih berfungsi seperti biasa. Aflah masih terbaring dan belum ada tanda-tanda akan sedar.
Zamil menarik selimut Aflah paras bahu. Suhu sejuk penghawa dingin mugkin menjejaskan perjalanan darah Aflah.
Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. Zamil bergegas ke surau Tingkat 2.
Usai solat, dia termenung.
Mimpi malam tadi seakan berlaku dengan sangat nyata. Aflah ditangkap oleh orang jahat dan berjaya diselamatkan. Namun, walaupun Zamil ingin berbual panjang dengan Aflah, Aflah telah tertidur keletihan. Dia pula tertidur selepas menyalakan unggun api.
***
Pagi itu, isteri Kamal, Zarina menawarkan diri menjaga Aflah sementara Zamil turun ke pejabat hendak mengambil barang.
Jalan raya sibuk seperti biasa. Zamil memasang radio Era Sabah, lagu yang berkumandang membawa Zamil termenung ...
Aku tak bisa
menidakkan rasa cinta
Meski ku tak bisa
Melupakan salahmu
resah hatiku
Maafkan diriku
melukakanmu
Cinta jangan engkau pergi
Jauh dari diriku lagi
Sesungguhnya cinta kita
Setia ke hujung nyawa...
Bila tersedar betapa tulus cintamu
Biar apa pun yang menghalangnya
Takkan pernah bisa dari diriku
Menjaga cinta mu
Tuhan tolonglah aku
Satukan aku dan dirinya selamanya...~
Maafkan diriku melukakanmu..
Cinta jangan engkau pergi
Jauh dari diriku lagi
Sesungguhnya cinta kita
Setia ke hujung nyawa
Cinta ku tetap di sini
Takkkan pernah jauh darimu
Sesungguhnya cinta kita(sesungguhnya cinta kita)
Setia ke hujung nyawa
Tiba di selekoh tajam Tambunan - Kota Kinabalu, sebuah kereta bertentangan tiba-tiba masuk ke jalan Zamil dan merempuh kereta Zamil yang berada di sebelah kiri. Zamil hanya merasakan hentakan dan keretanya terpusing sebelum terbalik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8.2
Segalanya bagai mimpi. Pemergian suaminya yang mengejut belum mampu diterima dengan hati yang ikhlas. Kini dia tiada sesiapa. Rumah Aflah se...
-
Biodata Penulis: Ummu Saifah nama pena kepada Siti Azimah Binti Rupilen, anak perempuan kepada pasangan bahagia, En Rupilen @Rafle Naiman da...
-
Dalam tidurnya, Rumandi didatangi oleh seorang lelaki menyerupai Ondu. Dia memegang tangan Aflah dan menggenggamnya erat. Sambil mengucupny...
-
Segalanya bagai mimpi. Pemergian suaminya yang mengejut belum mampu diterima dengan hati yang ikhlas. Kini dia tiada sesiapa. Rumah Aflah se...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.